Monday, June 3, 2024

7.02: 'Dont reload, switch weapons'

 Hi, assalamualaikum semua orang. 

Its been a long time... tipu.. Takdelah long time benor. 

First of all, aku tak pergi convo. 

Yang ni aku taknak sembang lebih. Result aku pun sekadar takdir yang tertulis je dia lulus. Aku pun tak beria nak naik stage lagi pasal aku dah pernah merasa dah waktu degree dulu. Muka pun muka tua. Nanti orang ingat aku langgar pantang susuk pulak masa atas stage. Cukuplah tu. 

Second of all, aku dah resign dari position aku, lepas sebulan aku kerja. 

Haaa... yang ni best. Yang ni buat aku lama tahan diri nak tulis entry. 

Owh, entry kali ni takde kelakar-kelakar. Kali ni serious. Kot lah korang tunggu aku punya kelakar ke... takde... takde.... 

Dia macam ni tau kawan-kawan, kalau kau nak mengajar, mengajarlah dengan ikhlas. Bukan marah-marah. Bukan bentak-bentak serupa batang leher kau kene jerut kalau kau tak mengajar. Kau nak tunjuk kuasa apa kat budak baru? 

Tak susah pun kerja dia. Cuma tak best je

Mengajar ni kene ikhlas kalau nak mempermudahkan sesuatu ilmu tu meresap. Wahhh meresap.. macam step-by step nak buat ayam bakar. Ni tak, mula-mula kau mengajar je ok. Pastu next day, dah serupa aku diajar askar jepun dah dia punya bentak dah. Kalau taknak mengajar, cakap jelah. Tapi tak, kau ambik elaun mengajar, tapi mengajar serupa celaka. 

Aku ni pulak selow. Ibarat kalau budak-budak nak start menulis, dia kenal huruf besar dengan huruf kecik mungkin makan masa sebulan bulan je. Tapi aku makan masa tiga bulan nak complete 26 huruf tu. Orang lain dah boleh eja 'perpustakaan' dah hari pertama bulan kedua. Tapi aku tak, bulan ke 6 lepas belajar ABC baru aku boleh eja. Itu pun lepas nangis banyak kali sebab salah je memanjang.

Nampak yang merah tu? Tulah stress

Aku ingat lagi masa aku intern ada sorang akak office cakap, kalau probation pekerja tu contohnya 3 bulan, dalam masa 3 bulan tu, selagi dia tak makan rasuah, tak songlap duit company, takde niat membunuh member office, its okay je dia buat salah. Sebab tu tempoh dia belajar. Tak boleh tak patut dia dimarah. Tapi tulah, yang mengajar aku tu pulak takde SPM. Jadi dia punya sombong bongkak dia memang paling tinggi kat dunia ni. Mengajar pulak budak fresh grad. Dia ingat yang keluar-keluar tu segala ilmu duniawi ni dalam tangan agaknya. 

The tension masa nak masuk kerja, nak habiskan sampai jam 5 petang, Kene hadap BE yang sikit pun tak bagi jawapan untuk soalan kau, takde sapa nak ajar buat benda-benda penting erhghhhhghhg..... sumpah annoying. Aku faham kenapa aku ni orang ke berapa resign... 

Shuhada last day, Adzean day-one!

Tapi takpe, aku ingat lagi lect aku cakap, jangan takut pergi tempat lain, hidup kat tempat lain, survive kat tempat lain. Kalau tak ok nak kerja kat sana, cari tempat yang kau boleh bekerja dengan ikhlas. Dengan itu, aku resign dan dah ada tempat yang aku secure untuk next position aku. Walaupun gaji kecik tapi kalau kau seronok kerja kat tempat ut, gaji tu boleh jatuh ke pilihan kedua and ketiga. Aku taknak pergi kerja dalam keadaan aku stress, balik pun dalam keadaan stress. Aku nak kerja dalam keadaan yang masalah tu aku mampu selesaikan dengan bantuan orang lain yang boleh mengajar aku baik-baik ah gitchewww...

The ending of this point, terima kasih kepada Chacha and geng sebab tolong aku last minit before aku resign. Dahlah aku banyak salah. Dia share nombor member dia, member dia ajar aku step-by-step. Siap pujuk aku jangan panik. Siap tulis pastu cakap ulang-ulang lagi step-by-step SQL. Sama jugak macam kawan-kawan aku. Yasmin siap buatkan lagi chart untuk aku pasal aku punya PC tu dari zaman Singapura kene langgar todak dia punya lama. Kau bayangkan, chart tak boleh buat PC tu hghhagsahhahaghah BE aku pun tak guna bodoh tak bagi solution. Nasib baik aku tak block kawan-kawan aku lol...

Sarapan, sebab tak boleh maki BE

The last one, tahniah kepada kawan-kawan sekelas saya yang akan naik stage untuk grad. Kita tak jumpa lagi dah gamaknya tapi kalau korang nak kahwin pastu jemput aku, pun belum tentu aku boleh pergi so memnag tak janji akan jumpa ke tak. So i wish u all the best Mana nak sambung study, pergilah. Mana yang nak terus kerja, pergilah. Mana yang nak kahwin, pergilah. Selagi korang tak telan dadah, hiduplah macam mana pun yang korang nak. Oh, wish aku ni untuk classmate aku je. Yang datang menumpang pastu jadi free rider, takde selamat untuk anda. 

Break satu jam. Ni je mampu

p/s: Dulu ada sorang kawan aku ni tunggu je aku punya blog. Dia dah kahwin, ikut suami, terus putus contact. Ni ada lagi sorang yang buat aku nak menulis balik. Menulis ni best, tapi dia datang sekali dengan sesapa yang offer nak baca. Kalau aku je beria nak tulis, baik aku tulis diari, ye dak? 


Monday, March 18, 2024

18Mac/ the last day of us

Hi, assalamualaikum semua.

Last entry aku, 27 Dec 2023.

New entry aku harini, 18 Mac 2024.

Berapa lama aku palau blog ni.

Harini, aku habis paper final. Habis sem 6. Habis diploma. Officially, habis semua berat beban nak bangun pagi siap-siap pegi kelas.



Perasaan dia sama je. Sama macam aku mula-mula masuk sini.

Rasa sunyi.

Mungkin sunyi tu sebab semua student dah balik.

Atau sunyi sebab aku dah rasa biasa berkawan lepastu tetiba semua takde.

Anyways,

Kalau aku tanya pada Shuhada, kenangan paling manis apa yang akan aku ingat sekali setakat aku hidup ni, I could say yang salah satunya tempat aku study.

Not even one place yang aku ingat kalau aku pergi berjalan tempat-tempat best pun. 

Tapi, tempat study, tempat aku jumpa orang baru, tempat aku gelak ketawa, tempat gaduh, tempat tu tempat paling best sekali.

Kalau aku boleh putar balik masa (cliché en?) aku akan pilih lagi sekali untuk aku masuk tempat ni. Tapi make sure takde kaki riderlah.

Tak tahu nak cakap susah ke tak jadi student pada umur “yang sepatutnya kau pegang tangan anak, tapi kau masih pegang pen” ni melainkan kau rasa the struggle jadi warga KPM lah tiberrr promote tempat studyyy

They say the greatest escape from the world is sleeping; yelah, kolej pun hujung ceruk dunia. Nak berjalan jauh pulak kene ada dua benda; duit dengan transport.

Aku, tak payah pergi mana-mana. Cukup dapat tidur petang khamis, bangun subuh jumaat. Tu dah satu anugerah dah tu sebagai seorang student.

Another sweet memories, late night wayang, late night story, makan begedil lepas kelas jam 5 petang sambil ditemani monyet liar, pagi-pagi jogging sebab nak dapat kupon makan free, share homework waktu kelas…

Dulu, awal kemuncak aku fed-up, masa sem 4. Sem yang aku kene belajar cina. Aku celik mata je aku mengeluh,

“harini ada kelas cina…”

“bila nak habis…”

Tapi harini. The last day aku kat kolej ni,

Aku pun tak paham apasal susah sangat nak belajar. Padahal bukan susah pun. Tak best je. Tu pun Shuhada nak mengeluh.

Hidup kat sini susah. Tapi sebab aku ada diaorang, semua yang susah kat bahu tu jadi ringan.

Hidup kat sini sedih. Tapi sebab aku ada diaorang, hilang semua sedih aku bila masuk kelas.

BABILAH HUTAN BELAKAANG NI BUNYIK GELAK-GELAK PULAKKKKKK AKU TENGAH NAK MAIN EMOSILAH MAMBANGGGGG!


Sambung balik¬

Bila aku meroyan, aku tak meroyan sorang-sorang. Semua kene dengar ‘royanan’ aku. Bila aku lapar, masing-masing offer makan. Bila sorang kene kacau hantu atap, aku orang pertama yang offer telinga. Baik kan aku?

Semua tu kenangan. That make it so hard untuk aku lupa. Atau mungkin aku tak lupa pun?

Dulu masa sem 1, aku ingat aku tak boleh nak adapt dengan kelas aku. Mungkin sebab jurang jauh sangat, aku ingat korang childish but sumpahhhhh NO.

Aku pulak rasa aku ni paling tak matured sekali sebab sikit-sikit nak mengamuk.

Aku ingat aku nangis sebab FA1. Aku nangis sebab test 2 FA4. Nangis teruk macam dah paling azab sangat dah.

“jangan rapat sangat. Nanti kau paling sakit kalau orang tak pedulikan kau” – they say.

Tengahari tadi, masa masing-masing last paper, semua say something to each other. Bergambar. Bergelak ketawa. Seolah-olah macam kita betul-betul nak pindah jauh pastu dah tak jumpa.

Sebab; it was the real, the very last day. There would be no ‘last day’ dah after harini.

Aku tahan muka. Taknak dorang cakap apa-apa dengan aku. Sebab senang nanti aku nak lupa diorang kalau diaorang dah lupa aku.

In case kalau ada classmate yang baca blog aku, aku nak minta maaf.



Dear kawan-kawan saya,

Saya nak minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Zahir batin. Mental fizikal. 

Selama kita berkenalan ni, kalau aku salah, aku marah korang, tu sebab korang yang start dulu. Aku tak marah kalau korang tak buat aku marah tau. Korang yang cari pasal.

Gurau.

Ni serius.

Aku nak mintak maaf. Kalau aku berkasar; sedar tak sedar. Aku lupa korang pun ada hati yang aku juga kene. Aku lupa yang kita boleh je cakap baik-baik instead of meradang tak tentu pasal. Aku lupa yang kita ni sesama manusia. Tak sempurna.

Ni tak lain jadi punca ni iblis lah ni. Dia yang jadi batu api.

Anyway.

Lepasni, mana-mana yang nak pergi kerja, kerja baik-baik.

Mana-mana nak sambung study, sambung study.

Mana-mana nak khawin, make sure jangan bercerai.

Lepasni, takde sapa dah aku nak mintak jawapan ke, soalan bocor ke, nak mintak panadol ke, nak mintak duit pecah ke, nak mntak air ke, nak mintak gula-gula ke.

Takde.

Aku still unsure apa yang aku buat. But i'm good at pretending to be confident. i have a LOTTTTTT of idea but stuck at execution most of the time. But hey, im still learning to focus. 

“simpanlah cinta Allah didalam hatimu dan genggamlah cinta manusia di dalam tanganmu, agar nanti andai engkau terluka, lukanya hanya di jari. Bukan di hati” – ayat tiktok.

“Apabila manusia itu menyakiti kamu, berdoalah kepada tuhan agar kamu tidak melakukan perbuatan serupa terhadap orang lain” – ayat twitter.

Takde kaitan. Saja nak bagi korang baca hshshshhshs. Rasa macam baca wasiat en?


.................................................................................................

 

p/s: dear Amir, thanks doh tulis nama aku betul-betul. Selalu orang salah eja.

Anyways, kau takde salah pun dengan aku. Apatah lagi buat aku sedih. Tetiba jadi awkward pulak kau say sorry tak pasal. Goodluck jugak untuk kau, your plan, in future. Aku mintak maaf kalau aku bergurau kasar dengan kau. Gurau buat kau tak selesa. Aku doakan kau selamat pegi, selamat balik buat umrah. Sihat tubuh badan. Murah rezeki kau sekeluarga.

Ada umur panjang, ada jodoh, ada rezeki, aku kahwin. Kalau kau tetiba nampak aku kat mana-mana nanti sambil dukung anak, tu tandanya aku kahwin kat siam. Sebab kalau aku kahwin kat sini aku buat majlis 7 hari 7 malam. Semua kawan-kawan aku jemput. Tapi kalau aku post kat mana-mana aku mengandung tu, maksudnya aku ni second wifelah. Second wife ni tak buat majlis pun. Buat doa selamat je.

Last but not least, jaga Kesihatan kau baik-baik. Dah boleh dah follow aku kat ig nak tengok aku kahwin dulu ke atau sambung second degree aku.

Wahhh gitcheww promote IG sis!

Tuesday, December 26, 2023

updated: menaip dalam kelas

 hi assalamualaikum semua orang...

aku menaip dalam kelas computerised sebab mengantuk. 

takde apa sangat pun. 

oh, btw...

i dah sem 6 dah. lagi 10 minggu nak habis

dah, tu je 

Monday, November 20, 2023

938 Malam. Final Paper

 Hi, assalamualaikum semua orang. 

Selamat habis paper. 

Selamat menyambut sem baru lagi 10 hari. 

Selamat bercuti!

DIA 6A- to -be

Macam biasa, lepas habis final every semesta, kita akan buat sedikit refleksi kendiri. Dan refleksi ini akan sentiasa sama, dari awal sem sampai habis sem. Dan aku akan ulang lagi untuk sem depan. 

Apa yang aku nak ulang?

SOALAN FINAL SUSAH NAK MAMPOSSSS!

Takde satu paper pun senang. Dengan paper dinamika pun susah. Aku tak tahulah dosa apa yang buat sampai ilmu liat sangat nak melekat dalam kepala. Aku buat FA beria pun, bila masuk dewan, ghaib jugak semua benda. Mungkin doa yang Amir share kat group tu tak lut kat kepala aku agaknya. 

BTW, better than last sem.
 
TAPI, semua yang baca blog aku ni haraplah doakan paper MA dengan FM aku ni lulus. Aku tak tahu mana satu doa korang yang makbul so semua sekali doakan aku k. 


shud not mentally stable. 

Sepanjang sem ni, apa je aku belajar? 

Mula balik dari bawah. Mula balik dari pengalaman. 

Contoh; belajar balik FA4, with different lect. 
Belajar balik buat CSR, with different environment. 

Aku ingat dah dua kali belajar dia jadi mudah, tapi tak jugak. Sama je susah pergi dia. 

Ni dengar-dengar FA5 ni killer punya paper. Aku ingat nak sambung degree, bila dengar semua mengeluh, aku sambung tidur jelah.

15 - 1 + 2

Ishhh, harini aku dah lawa-lawa tapi takde gambar pulak. 

Ni Nad lah ni tak ambik gambar aku. 

sebab Min cakap dia ada jerawat atas dahi so 
mata semua orang kene tutup

p/s: losing my old-self, old habit because all these stuff are taking too much of my life force and energy. Aku takde nak buat doodle, takde nak baca buku, takde nak lari keliling kolej petang-petang. Takde. A ton of assigment and struggling with sickness alone really ruined me. Sem depan extra satu paper. Good luck Shud! 



Wednesday, October 11, 2023

DIA5A Buat CSR!

 hi assalamualaikum, yorobun!

Hari sabtu lepas, 7 haribulan, kelas aku ada buat CSR kat Kampung Orang Asli Sungai Layau. Incase korang semua tak tahu kat mana, kampung ni area Semanchu. Semanchu pulak dalam area Kota Tinggi. Kota Tinggi ni tempat aku study sekarang ni. 

Kitaorang buat CSR bukan sebab masing-masing nak tunjuk sapa yang paling baik antara kelas tapi buat sebab.... kene buat. Memang kene buat. wajib. Haah. Takde ayat lain dah. Kau memang kene buat. Kalau kau tak buat, kau buat sem depan dengan junior. Sem depan pun tak buat, tak payah grad kau. Simple. 

Oh ya, ni subjek MPU. Kiranya, satu sem ni memang kau dengan member sekelas plan from 0 untuk buat CSR. Planning tu termasuklah cari tempat, collect dana, fikir nak buat apa je nanti, nak jemput sapa, nak bagi hadiah apa dan sama waktu denganya. Over all, apa yang kitaorang semua rancang nicer-nicer je kejadianya. Takde masalah apa pun. Takde injured ke apa. Alhamdulillah. 

So, aku bukan nak tulis apa sangat pun. Saja aku nak tunjuk apa je satu hari aku buat masa hari CSR kat Kampung Orang Asli tu. Nak throwback banyak pun aku dah lupa dah apa jadi masa tu. Ingat penat je. 

Masa kami sampai Kampung Layau tu dalam jam 8.45 pagi..... erm... takde gambar masa tengah briefing . So kitaorang start terus bahagi tugas masing-masing lepastu terus buat kerja. 

-Masa awal-awal pagi ni mood aku tak sampai atas kepala lagi. 
Aku tengok cabut rumput paling senang, aku pun cabut rumput. 
Taklah, tipu jer. Area sini tak panas lagi awal pagi. Tu aku cabut rumput-

-Geng cabut rumput sambil main-

Pastu.... mood dalam 70%, aku tengok dah panas-panas terbakar, area aku cabut rumput tu pun dh clean sebab.... takdelah besar mana pun. Adalah sekangkang kera enn, so aku pun cari berus. Aku cari berus dengan harapan semua berus dah guna tapi ada jugak berus baru so aku anggap tu panggilan keramat aku untuk join mengecat. 

-Kita ni muka awam. Takdelah banyak sangat orang nak ambik gambar kita. 
Ini jelah ada sikit buat-buat nampak aku busy-

-Bukti busy-

Aku nak cerita dia punya panas sekali bahang en, rasa jugaklah menyesal aku tak follow je idea Mirul buat CSR ni kat Masjid Bandar Penawar. Habiskan je 8 jam main-main keliling masjid tu sambil scroll tiktok waktu lunch. Mirul dah macam mandi dah. Nak ajak gurau pun takut. Elak dia tuang cat je dalam kasut aku je nanti. Aku sikit lagi nak pitam. Tapi disebabkan idea buat kat sini idea aku, malu aku dengan Cik Tam kalau aku pitam. 

-Mirul masa ni buat-buat rajin pasal dia nak try Balqis dengan Yasmin- 

-Aku tambah gambar ni last minit sebab aku tergelak tengok muka ni.
Tak tahulah dia dendam dengan siapa, Azam mungkin-

-Yasmin dengan Balqis ni pulak LAWOOO macam mana-

Oh ya, disebabkan masing-masing bersungguh mengecat, bila break waktu lunch tu, aku dh tak ingat dah nak ambik gambar apa yang kitaorang makan haritu. Tapi yang aku ingat ayam masak asam pedas, ada ulam timun, sambal belacan dengan ikan masin. Air pulak, air sunquick. Ada makan, ada tak makan. Penat punya pasal. 

Lepas dah habis lunch, kitaorang break sekejap. Zohor. Pastu... sambung balik mengecat. Masa ni tak silap aku, tak sampai pun lagi 50% tembok tu siap. So, naik 2nd time ni masing-masing dengan semangat waja dan jitu, mula mengecat dengan bersungguh hati. 

Wah ayat bahasa melayu aku, macam bunyi karangan form 2. 

-Classmate aku 6 kerat je lelaki. Bolehlah buat-buat penuhkan saf-

-Bahagian hujung belah kanan-

-Bahagian hujung belah kiri-

-Paling konsisten-

-Tangan mengecat, mulut bergaduh-

Tapi....tapiii...tapiiiiii... naik lunch ni, aku ambik job mengemas masjid. Aku tengok masing-masing nak tunjuk talent sapa paling power mengecat, jadi aku pun kemas jelah masjid dengan Piqa. Aku kemas bahagian perempuan. Piqa mengemas belah lelaki. Amir kemas area wuduk. 

Masjid Kampung Layau ni small-small je. Aku lupa ketua kampung tu cakap berapa keluarga yang duduk sini. 
-Aku congak-congak, adalah dalam 11 saf boleh muat sekali waktu. 
Pagi-pagi anak orang kampung datang belajar ngaji- 

-Aku bersihkan hujung-hujung tikar-
credit gambar: Piqa

-hasil-

- kemas-lipat cantik-cantik sejadah-

-hasil-

-Dah nak siap, baru cameraman datang. Dah tak nampak dah aku busy- 

-Amir-

Lepastuuuu, aku tak sedar pulak aku takde gambar Piqa. Piqa pulak buat kerja diam-diam kat area solat lelaki. Ni pun gambar lepas habis menyapu belakang masjid. Area mandi mayat. 


 
-Amir ambik gambar sumpah tak rilek. 
Nak dimarah, anak orang tu tak makan ubat lagi-

-Dengan senget-benget dia, sumpah menyirap-

-Haaaa... ni nice. Piqa dengan Nanad-

-Aku ingat nak buat lawan Nanad dengan Amir pasal baju biru tu,
tapi tak payahlah. Ada karang malam ni dia jirus aku dengan air panas Coway-

-Nad pun antara orang yang consistent mengecat. 
Sikit taknak bergurau. Tapi kalau nampak Amir dia senyumlah- 

Lepastuuuuuu.... dah petang sikit tu, aku dah habis kemas masjid, kita bertiga (aku-Piqa-Amir) pun join diaorang yang masih gigih mengecat. Disebabkan berus cat limited, jadi masing-masing rotate sikit-sikit mengecat.

 Dah, sampai sini semua gambar random aku masukan. 



-Tak tahu aku diorang buat lawak apa-

-Cik Tam sumpahlah steady!-

-Cik Tam, Lect Pengiring dengan Tok Ramli, Ketua Kampung-

Lepastu, sedar tak sedar, sambil mengecat sambil main sambil ketawa, DAH SIAPPPPP! 

-Tengok muka Aufa je. Muka aku jangan-

-its a wraappp-

Aku penat sangat sampai aku tak ingat nak ambik gambar konon aku nak buat 'from this-to-this' tapi aku ingat masatu dah ngam-ngam jam 5 petang. Mana nak mengemas, mana nak buat penutup. Dengan fikir malam ni larat ke tak nak study sebab esok test taxation. Minum petang pun semua lupa. Dah nak balik baru semua ingat. 

-From this....

to thiss....' but different angle-

-Kami sekelas donate 3 anak pokok limau kasturi-

-Bila aku tengok gambar ni, aku teringat petua Faris; 
jangan siram pokok waktu tengahari nanti pokok bantut.
Entah sapalah ajar budak tu. Masa aku tengah taip ni, aku masih lagi tereglak sebab kelakar-

-Dengan 2 anak pokok nangka madu. 
Nangka madu ni Tok Ramli tanam kat tanah wakaf-

-Penyampaian cenderamata-

-Penutup- 

-Penutup jugak. Tapi tepi longkang-

Balik tu, duduk je aku dalam van, baru aku sedar aku migraine. Dengan sakit pinggang, sakit tulang belikat, sakit kaki, ahh semualah sakit. Tapi, lepas dah siap tu, aku puas hati je. Nampak nice. Berbaloi kita semua panas-panas mengecat. 

-yeay!-

p/s: Beria Mirul suruh bawak baju bagai sebab dia cakap nanti nak terjun sungai belakang masjid tu, Nahhhh, sungai kemana, makan kemana... 

-Your Pengarah Program-