Hi, assalamualaikum semua.
Last entry aku, 27 Dec
2023.
New entry aku harini,
18 Mac 2024.
Berapa lama aku palau
blog ni.
Harini, aku habis
paper final. Habis sem 6. Habis diploma. Officially, habis semua berat beban nak
bangun pagi siap-siap pegi kelas.
Perasaan dia sama je. Sama
macam aku mula-mula masuk sini.
Rasa sunyi.
Mungkin sunyi tu sebab
semua student dah balik.
Atau sunyi sebab aku
dah rasa biasa berkawan lepastu tetiba semua takde.
Anyways,
Kalau aku tanya pada Shuhada, kenangan paling manis apa yang akan aku ingat sekali setakat aku hidup
ni, I could say yang salah satunya tempat aku study.
Not even one place
yang aku ingat kalau aku pergi berjalan tempat-tempat best pun.
Tapi, tempat study,
tempat aku jumpa orang baru, tempat aku gelak ketawa, tempat gaduh, tempat tu
tempat paling best sekali.
Kalau aku boleh putar
balik masa (cliché en?) aku akan pilih lagi sekali untuk aku masuk tempat ni. Tapi
make sure takde kaki riderlah.
Tak tahu nak cakap
susah ke tak jadi student pada umur “yang sepatutnya kau pegang tangan anak,
tapi kau masih pegang pen” ni melainkan kau rasa the struggle jadi warga KPM
lah tiberrr promote tempat studyyy
They say the greatest
escape from the world is sleeping; yelah, kolej pun hujung ceruk dunia. Nak berjalan
jauh pulak kene ada dua benda; duit dengan transport.
Aku, tak payah pergi
mana-mana. Cukup dapat tidur petang khamis, bangun subuh jumaat. Tu dah satu
anugerah dah tu sebagai seorang student.
Another sweet memories,
late night wayang, late night story, makan begedil lepas kelas jam 5 petang
sambil ditemani monyet liar, pagi-pagi jogging sebab nak dapat kupon makan
free, share homework waktu kelas…
Dulu, awal kemuncak
aku fed-up, masa sem 4. Sem yang aku kene belajar cina. Aku celik mata je aku
mengeluh,
“harini ada kelas cina…”
“bila nak habis…”
Tapi harini. The last
day aku kat kolej ni,
Aku pun tak paham
apasal susah sangat nak belajar. Padahal bukan susah pun. Tak best je. Tu pun Shuhada nak mengeluh.
Hidup kat sini susah. Tapi
sebab aku ada diaorang, semua yang susah kat bahu tu jadi ringan.
Hidup kat sini sedih. Tapi
sebab aku ada diaorang, hilang semua sedih aku bila masuk kelas.
BABILAH HUTAN BELAKAANG
NI BUNYIK GELAK-GELAK PULAKKKKKK AKU TENGAH NAK MAIN EMOSILAH MAMBANGGGGG!
Sambung balik¬
Bila aku meroyan, aku
tak meroyan sorang-sorang. Semua kene dengar ‘royanan’ aku. Bila aku lapar,
masing-masing offer makan. Bila sorang kene kacau hantu atap, aku orang pertama
yang offer telinga. Baik kan aku?
Semua tu kenangan. That
make it so hard untuk aku lupa. Atau mungkin aku tak lupa pun?
Dulu masa sem 1, aku
ingat aku tak boleh nak adapt dengan kelas aku. Mungkin sebab jurang jauh sangat,
aku ingat korang childish but sumpahhhhh NO.
Aku pulak rasa aku ni
paling tak matured sekali sebab sikit-sikit nak mengamuk.
Aku ingat aku nangis
sebab FA1. Aku nangis sebab test 2 FA4. Nangis teruk macam dah paling azab
sangat dah.
“jangan rapat sangat. Nanti
kau paling sakit kalau orang tak pedulikan kau” – they say.
Tengahari tadi, masa
masing-masing last paper, semua say something to each other. Bergambar. Bergelak
ketawa. Seolah-olah macam kita betul-betul nak pindah jauh pastu dah tak jumpa.
Sebab; it was the real,
the very last day. There would be no ‘last day’ dah after harini.
Aku tahan muka. Taknak
dorang cakap apa-apa dengan aku. Sebab senang nanti aku nak lupa diorang kalau diaorang
dah lupa aku.
In case kalau ada classmate
yang baca blog aku, aku nak minta maaf.
Dear kawan-kawan saya,
Saya nak minta maaf. Dari
hujung rambut sampai hujung kaki.
Zahir batin. Mental fizikal.
Selama kita berkenalan
ni, kalau aku salah, aku marah korang, tu sebab korang yang start dulu. Aku tak
marah kalau korang tak buat aku marah tau. Korang yang cari pasal.
Gurau.
Ni serius.
Aku nak mintak maaf. Kalau
aku berkasar; sedar tak sedar. Aku lupa korang pun ada hati yang aku juga kene.
Aku lupa yang kita boleh je cakap baik-baik instead of meradang tak tentu pasal.
Aku lupa yang kita ni sesama manusia. Tak sempurna.
Ni tak lain jadi punca
ni iblis lah ni. Dia yang jadi batu api.
Anyway.
Lepasni, mana-mana
yang nak pergi kerja, kerja baik-baik.
Mana-mana nak sambung
study, sambung study.
Mana-mana nak khawin,
make sure jangan bercerai.
Lepasni, takde sapa
dah aku nak mintak jawapan ke, soalan bocor ke, nak mintak panadol ke, nak mintak
duit pecah ke, nak mntak air ke, nak mintak gula-gula ke.
Takde.
Aku still unsure apa yang aku buat. But i'm good at pretending to be confident. i have a LOTTTTTT of idea but stuck at execution most of the time. But hey, im still learning to focus.
“simpanlah cinta Allah
didalam hatimu dan genggamlah cinta manusia di dalam tanganmu, agar nanti andai
engkau terluka, lukanya hanya di jari. Bukan di hati” – ayat tiktok.
“Apabila manusia itu
menyakiti kamu, berdoalah kepada tuhan agar kamu tidak melakukan perbuatan
serupa terhadap orang lain” – ayat twitter.
Takde kaitan. Saja nak
bagi korang baca hshshshhshs. Rasa macam baca wasiat en?
.................................................................................................
p/s: dear Amir, thanks
doh tulis nama aku betul-betul. Selalu orang salah eja.
Anyways, kau takde
salah pun dengan aku. Apatah lagi buat aku sedih. Tetiba jadi awkward pulak kau
say sorry tak pasal. Goodluck jugak untuk kau, your plan, in future. Aku mintak
maaf kalau aku bergurau kasar dengan kau. Gurau buat kau tak selesa. Aku doakan
kau selamat pegi, selamat balik buat umrah. Sihat tubuh badan. Murah rezeki kau
sekeluarga.
Ada umur panjang, ada
jodoh, ada rezeki, aku kahwin. Kalau kau tetiba nampak aku kat mana-mana nanti
sambil dukung anak, tu tandanya aku kahwin kat siam. Sebab kalau aku kahwin kat
sini aku buat majlis 7 hari 7 malam. Semua kawan-kawan aku jemput. Tapi kalau aku
post kat mana-mana aku mengandung tu, maksudnya aku ni second wifelah. Second wife
ni tak buat majlis pun. Buat doa selamat je.
Last but not least,
jaga Kesihatan kau baik-baik. Dah boleh dah follow aku kat ig nak tengok aku
kahwin dulu ke atau sambung second degree aku.
Wahhh gitcheww promote IG sis!
No comments:
Post a Comment