Aku tak tahu aku dapat ilham dari mana. Masa aku nampak poster Sisters in Islam kat twider nak bukak contest menulis cerpen, aku terus bancuh kopi, capai lappy dan terus menaip. Entah dari mana aku boleh terbayang nak ada kawan ala-ala Cinderella versi islamik duduk area taman perumahan aku, aku pun tak tahu. Tau-tau dah siap (malam tu jugak), aku hantar (sampai aku lupa aku tulis apa sebab dah lama sangat), lepastu dia call cakap aku menang (yeayyy!). Aku ingat aku taknak post dalam ni sebab aku rasa ni bukan cara aku menaip (kot). Tapi dah 2 3 orang yang mintak nak baca, jadi aku share jugak (wah ayat berlagak). Aku terima sebarang cadangan dan komen. Yang aku tak terima cuma ayat rijek dari awak je chiachiachiaaaa..!
+++++
Pembaca
tahu, menjadi seorang perempuan itu adalah payah dan boleh melelahkan untuk
sesetengah perempuan. Tidak kira dari sudut pandang keluarga, masyarakat, kawan
lelaki malah kawan sesama perempuan juga.
Cerita
yang penulis tulis ini adalah berdasarkan apa yang kawan penulis lalui. Kawan
satu sekolah. Satu kelas dan kawan satu taman perumahan selama 9 tahun.
Aliah.
Namanya Aliah. Menjadi anak bongsu daripada 7 orang adik beradik adalah sesuatu
yang sukar. Apa lagi Aliah hanya seorang perempuan. Diajar dari kecil si abang
adalah raja dan dia adalah hamba sahaya tanpa bantahan dari ibu ayah. Dididik
juga bahawa anak perempuan itu perlu berkata “ya” sepanjang hidup dan harus
dihumban masuk api neraka paling dalam jika berkata “tidak” dengan setiap
arahan. Konon dosanya sama seperti dosa manusia yang menolak hukum Tuhan jika
tidak mendengar dan ikut telunjuk abang-abangnya.
Aliah
hidupnya hanya dirumah. Tidak boleh keluar kecuali ke sekolah. Kalau sekolah
itu hanya sebelah rumah, mungkin Aliah jugak tidak boleh masuk ke kelas. Cukup
mendengar suara guru dari laman rumah. Ini hanyalah bidalan penulis. Jangan
percaya.
Kalau.
Kalau
boleh hidupnya cuma celik mata dan membanting tulang empat kerat didalam rumah
sahaja menjadi bibik kepada 4 orang lagi abangnya yang masih belum berkahwin. Kalaulah
Aliah ada ilmu pertukangan, mungkin Aliah juga disuruh bertukang itu ini.
Lagi
sekali kalau.
Disini penulis ceritakan serba ringkas jadual harian seorang
Aliah pada hari minggu;-
Bangun
subuh, masak nasi goreng. Taknak roti-roti bagai serupa orang kaya di dalam
drama melayu. Nasi ya. Sudah siap masak, kutip baju kotor dari bilik ke bilik.
Basuh baju. Dalam masa basuh baju, bersihkan kandang kucing kepunyaan abang
nombor 3 dan 4 yang totalnya adalah 5 ekor. Buang tahi. Abang-abang sudah siap
makan, masuk dapur balik masuh pinggan. Emak? Emaknya masuk ke dalam bilik
mengemas bilik katanya sehingga jam 1 tengahari. Tidak diketahui besar mana
bilik si emak sampai berjam-jam mengemas. Bilik emak penulis saiz ‘standard’
sahaja. Tak sampai satu jam pun jika emak penulis mengemas.
Sudah
siap mengemas di dapur, kembali semula ke ampai untuk sambung menyidai kain baju.
Sudah siap, pergi menyapu satu rumah. Sudah siap menyapu dalam rumah, menyapu
luar rumah. Siap menyapu, masuk dapur semula keluarkan ikan ayam dari peti ais
untuk masak tengahari. Lepas tengah hari, barulah Aliah bernafas sikit. Sikit.
Kenapa sikit? Kadang-kadang si abang meminta buat itu ini. Tukar cadar atau
kemas almari contohnya. Lepas masak untuk makan malam, Aliah barulah ada masa
untuk buat kerja sekolah. Ya, pembaca, Aliah tidak menonton television bersama
keluarga. Aliah lagi gemar membaca surat kahbar di perpustakaan jika ada
kelapangan berbanding menonton berita di television.
Pergilah
masuk sekolah asrama, penulis kata padanya.
Aliah
gelak. Tak mungkin. Dia balas kembali.
Kami
jalan beriringan balik dari sekolah. Sambil penulis mengeluh tentang nasib
Aliah. Penulis yakin Aliah bukan Cinderella walaupun takdir serupa.
Kami
berjiran 5 buah rumah. Oh ya, Aliah juga tidak diberikan telefon bimbit. Disini
penulis tidak menulis tentang telefon pintar yang harga beribu ya. Cukup
telefon yang membolehkan Aliah berhubung melalui mesej dengan kawan-kawan jika
ingin bertanya tentang kerja rumah atau kami berhubung kepada Aliah jika ada
sesuatu berita penting melibatkan kami sekelas.
Memandangkan
penulis adalah kawan yang paling dekat, penulis kerap datang sendiri ke rumah
Aliyah untuk memaklumkan berita kelas kami. Disini penulis jelaskan pada
pembaca yang penulis benci melihat si abang memaki hamun si adik jika ingin
berjumpa dengan penulis. Penulis benci melihat si abang menjeling meluat memandang
penulis di luar pagar rumahnya. Penulis tak tahu sebab musabab si abang benci
dengan penulis tapi penulis pernah menggores kereta waja milik si abang
menggunakan kunci bermula dari tayar depan sehingga ke belakang pada ketika
penulis ke pasar malam. Aliah cerita yang abangnya mengamuk sakan dan menjerit melolong
meminta duit kepada emaknya untuk ke bengkel memadam kesan calar yang penulis
buat. Sampai sekarang Aliah tak tahu itu kerja penulis. Dan sampai sekarang,
penulis tak rasa berdosa. Tapi pembaca jangan tiru. Dosa.
Habis
fasal kehidupan Aliah di rumah. Penulis ceritakan fasal Aliah di sekolah pula.
Aliah
cantik orangnya. Lemah lembut.
Kau
lemah lembutlah orang pijak kepala kau, penulis cakap pada Aliah. Dia senyum.
Macam biasa.
Penulis
baru habis mengamuk bila ada seorang pelajar perempuan “mencucuk” seorang cikgu
untuk menggugurkan nama Aliah dalam mewakili daerah dalam permainan catur.
Aliah
tak berbakat, katanya.
Aliah
menang peringkat sekolah sebab nasib sahaja, tambahnya lagi.
Aliah
anggukan sahaja. Tak ada rezeki, katanya pada penulis.
Aliah
juga pernah dipersalahkan atas kehilangan duit kelas. Duit kelas itu kami
kumpul bersama untuk jamuan akhir tahun. Kami nak buat di restoran mewah jadi
kami kumpul awal. Disebabkan Aliah berada di dalam kelas untuk mengambil buku dan
ingin dipulangkan semula ke perpustakaan, satu kelas setuju Aliah bersalah.
Penulis mengamuk lagi. Aliah hanya diam menunduk tidak berkata apa. Nasib baik
guru kelas kami tidak mempercayai cerita bodoh yang disampaikan oleh ketua
kelas. Duit itu diganti oleh guru kelas kami sendiri.
Cerita
lain, Aliah juga pernah diserang oleh sekumpulan senior perempuan di belakang
sekolah atas sebab Aliah bermain mata dengan ‘pakwe’ salah seorang dari mereka
pada waktu kokurikulum. Penulis mengamuk bila Aliah masuk latihan perbarisan
rumah sukan dengan muka merah padam menahan air mata. Para pembaca, penulis
memang seorang yang agak baran ya. Baran sampai penulis lempang Aliah sebab jadi
perempuan lemah. Penulis lempang sebab dia sendiri tak mampu untuk pertahankan
diri sendiri. Dari rumah jadi balaci, sampai sekolah biarkan diri dibuli. Sampai
kawan baik sendiri pun naik hantu melihat perangai lembut tak bertempat Aliah. Nasib
baik ‘pakwe’ yang digaduhkan hensem. Tak sedih sangat mungkin.
Balik
dari sekolah, penulis paksa Aliah untuk tunjuk mana satu setan yang berani buli
orang sesuka hati tanpa usul periksa. Penulis ugut untuk tampar kali kedua
tengah-tengah tangga kalau Aliah sendiri diamkan kes tengah hari tadi. Dalam takut-takut,
Aliah tunjuk juga. Penulis paksa Aliah balik dulu. Pendek cerita, penulis digantung
sekolah 2 minggu atas alasan bergaduh dengan 6 orang lagi. Huh, puas hati. Berbalut
jugalah 6 ekor setan tu. Sampai mereka tamat sekolah tak berani angkat muka
bila kami selisih. Nasib baik juga mak penulis tak marah teruk bila penulis
cerita hal sebenar.
Disebabkan Aliah adalah seorang yang polos dan leluhur, Aliah selalu dijadikan contoh
dalam memilih calon isteri oleh kawan lelaki sekelas kami. Antara yang penulis
ingat adalah;-
Jangan
cari yang macam Aliah, ‘plain’. Takde cutting. Mereka gelak.
Jangan
cari yang macam Aliah. Nak mekap pun tak reti. Mereka gelak.
Jangan
cari yang macam Aliah. Nak ajak berbual dalam bahasa inggeris pun lambat.
Mereka gelak lagi.
Jangan
cari yang macam Aliah. Nanti kau rasa nak tambah lagi satu isteri. Sebab rumah
tangga tak ‘mencabar’.
Penulis
apa pembaca? Ya, penulis mengamuk lagi. Macam biasa.
Tapi
kali ni penulis tak mengamuk teruk. Mengamuk sikit sahaja. Sebab penulis faham,
Aliah juga tak hendak dan tak ingin berlakikan mereka yang tak tahu membaca dengan
betul surah yaasin padahal setiap hari jumaat dibaca sepanjang tahun dari tingkatan
satu sehingga enam.
Habis
cerita Aliah dari sudut pandang kawan-kawan lelaki. Penulis sambung cerita
serba sedikit Aliah dimata masyarakat pula.
Aliah
orangnya biasa. Gemar berbaju labuh, seluar track dan bertudung bawal kosong
tidak berfesyen. Tidak ada secalit make up. Tidak ada apa yang menarik. Disini
masalahnya timbul.
Aliah, belajar make up. Senang nanti lepas sekolah nak cari kerja ke,
nak
‘interview’ ke. Jangan pucat je. Kata mereka.
‘interview’ ke. Jangan pucat je. Kata mereka.
Aliah, belajar berdandan. Macam mana boleh jadi perempuan ni? Dandan
basic
pun tak pandai. Kata mereka.
pun tak pandai. Kata mereka.
Aliah, nak pergi tesco jangan pakai selipar je. Cuba pakai kasut jalan
molek
sikit. Kata mereka.
sikit. Kata mereka.
Aliah itu, Aliah ini.
Tapi,
seorang pun tak tahu Aliah tak pernah beli baju raya, kasut raya, tudung raya
atau ‘make up’ untuk belajar berdandan. Selama Aliah hidup, baju kurung sepupu
sepapat yang Aliah pakai di pagi raya. Baju lama kepunyaan kakak ipar yang
sudah 2-3 tahun lepas. Kalau ada yang tercarik benang, dijahit semula supaya
tak tertetas benagnya untuk dipakai Aliah. Tudung lama kepunyaan emaknya yang
dah dibeli 4 5 bulan lepas. Emaknya beli tudung baru lain. Setiap kali raya, Aliah
hanya menunggu pemberian saudara mara. Abang-abanganya? Si abang semua sudah
bekerja. Mereka beli sendiri baju untuk dipakai. Dipadankan dengan “makwe”
mereka. Pakaian Aliah bukan tanggungjawab mereka.
Tapi
ya, Aliah bertanggungjawab dalam menyediakan makan-minum-pakai mereka adik
beradik sepanjang hidup. Itu pegangan yang penulis lihat dari gaya abang-abang
Aliah.
Dengan
apa adanya yang diterima Aliah, orang keliling mula mengulang semula bagaimana
Aliah seorang perempuan, tapi tidak tahu ‘basic make up’, tidak tahu bergaya, tidak tahu bagaimana berdandan, tidak tahu menjadi wanita matang. Sehingga satu
tahap tidak layak untuk berfoto bersama mereka yang berdandan. Aliah cuma layak
di dapur. Sehingga penulis pernah ke rumah Aliah dan melihat ‘makwe’ si abang
perintah Aliah mengambil air ketika mereka menonton television. Serupa mak
tiri. Penulis setuju jika pembaca cakap si abang mengambil contoh sikap ibu
sendiri dalam memilih calon untuk dibuat isteri.
Habis
cerita Aliah dan penulis di zaman sekolah.
Sekarang?
Aliah sekarang penulis halau jauh ke tanah Jepun. Penulis paksa Aliah mengisi borang
tajaan JPA memandangkan keputusan SPM Aliah semua A.
Jangan
balik selagi Jepun tak berperang, penulis kata pada Aliah masa penulis hantar
ke lapangan terbang.
Ya,
pembaca tak salah baca. Penulis dan ibu penulis yang hantar Aliah ke lapangan
terbang. Keluarga Aliah masih lagi tak terima Aliah belajar tinggi-tinggi.
Abang-abangnya masih tidur ketika Aliah keluar rumah pagi itu. Mak ayah Aliah
hanya menjenguk dari tingkap bilik.
Perempuan
akan ke dapur juga. Bukan berguna pun sijil belajar tu nanti. Kata mak Aliah.
Aliah diam. Penulis harap Aliah boleh belajar menjawab kata nista sedikit
sebanyak ketika di Jepun.
Abang-abang
dia pun tak belajar tinggi, dia yang perempuan nak belajar tinggi kenapa? Nanti
lepas kahwin kene dengar kata suami juga. Kata ayah Aliah pula. Penulis rasa
nak mengamuk sambil tendang pokok bunga mak Aliah tapi tak boleh fasal penulis
pakai kain. Bukan sebab takut ya.
Oh
ya, penulis tak cerita lagi macam mana Aliah boleh sambung belajar ke Jepun.
Penulis datang beraya ke rumah atuk Aliah. Penulis cerita pada atuk nenek Aliah
yang Aliah dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Esok
lusa Aliah balik dia boleh buat robot untuk Malaysia tok. Goreng penulis.
Dengan
‘cable’ dari atuk nenek Aliah, maka Aliah diberi izin tanpa ikhlas oleh ibu
bapa dan abang-abang Aliah ke Jepun.
Sekarang
tahun ke-empat Aliah mengaji ke sana. Penulis tak bagi balik. Sebab penulis
yakin Aliah lagi bahagia di sana seorang diri berbanding dia bersama keluarga
disini. Penulis mungkin jahat tapi memandangkan lagi dua tahun Malaysia ingin
menuju tahun 2020, seorang manusia sepatutnya lebih bertimbang rasa sesama
manusia. Pada seorang perempuan. Apatah lagi sesama saudara sedarah sedaging.
Mungkin
cerita ini sekadar picisan tapi Aliah adalah bukti bahawa perempuan itu boleh
menjadi alas pijak kaki jika tidak dibantu atau diberi peluang untuk hidup
kearah yang lebih baik. Nasib manusia di atas muka bumi juga lain-lain. Penulis sudah tulis siap-siap di perenggan
pertama bahawa menjadi seorang perempuan itu payah bagi sesetengah perempuan.
Hidup dengan membawa nama ayah di hujung nama sendiri adalah berat. Sama ada
mahu ikut kata hati, atau kata orang tua.
Perempuan
menjadi baik adalah susah. Perempuan menjadi jahat lagi susah. Sampai sekarang
penulis masih tak pasti kenapa ada sesetengah lelaki mengambil keputusan untuk
menjadi perempuan. Sekadar ‘random’ dari penulis.
Jika
pembaca mempunyai kawan seakan Aliah, kawanlah dengan dia. Jangan sisihkan.
Kita selalu dengar mengenai ‘depression’ kan? Semoga kita semua sedikit
sebanyak dapat membantu golongan ‘Aliah’ ini.
Jika
pembaca adalah seorang ‘Aliah’ semoga pembaca dalam lindungan dan rahmat Tuhan.
Semoga pembaca juga dibalas dengan kebaikan dunia akhirat ;)
+++++
p/s 1:
terima kasih sapa yang wish tahniah.
nah hati 💓💓💓
p/s 2: aku tengah tunggu respond Kurt approve atau tak cerpen gay aku.