Thursday, January 10, 2019

cari intern?


Hi assalamualaikum

Aku macam 50-50 nak tulis. Tapi yelah, blog aku ni pun bukan ada sapa pun nak baca jadi aku isi jelah kat sini k.

Semenjak dua ni aku beria nak cari tempat intern. Ada yang dapat, tempat best teruk tapi takde elaun. Memang elaun tak penting mana kalau nak ikutkan dengan mahalnya sebuah pengalaman tapi kehidupan seorang manusia ni selain pakai udara, dia juga kene pakai duit. Tak jalan bhai kalau kehidupan setakat pakai niat.

takde elaun weh :(

Nak dijadikan cerita, aku mencarilah tempat intern melalui fb. Yelah ni kan salah satu usaha jugak. Ada je member dapat tempat best hasil usaha keringat dorang mencari melalui fb.

Cari punya cari, aku pun isilah mana yang offer sama kene dengan minat aku. Banyak jugaklah sampai aku tak tahu mana satu yang aku dah isi. See punyalah banyak. Tak cukup lagi aku paksa member member carikan jugak kotlah dorang nampak tapi tak lalu kat temlen fb aku.

Ok part ni dah masuk cerita aku,

Baru kejap tadi ada anon messenger aku tanya pasal tempat yang aku mohon intern. Dan inilah ceritanya.. *masuk lagu jeng jeng jeng kejengjenggg









apasal bila aku baca balik macam dah hilang dah seram dia? macam jadi cerita biasa je pulak? ermm

walau apa-apa pun, satu pengajaran yang aku dapat, usaha, usaha jugak tapi pikir dan ambik tahu jugak selamat atau tak, molek atau tak, bagus atau tak tempat/barang/benda kalau kita cari kat media sosial. aku kira dah cukup nasib baik dah ni sebab ada orang yang langsung tak kenal boleh sanggup messenger aku tengah-tengah malam sebab tahu sesuatu benda tu tak bagus. 

mungkin aku rasa seram pasal aku tak pernah rasa kene scam kot tu yang bila orang messenger aku macam ni aku dah cuak. (padahal takde benda pun sebab benda belum jadi LOL sengaja buat saspen!) 

ps: dah habis sekolah baru aku tahu betapa pentingnya bahasa inggeris bila aku kene interview full english tapi aku cakap serupa budak darjah 2 adduhai bodohnya Ed apa siak aku buat 4 tahun degree? 

No comments:

Post a Comment