Wednesday, May 18, 2022

Nadira dan Sakitnya Patah Hati

Sakit hati jugak sebenarnya.

“Kenapa you buat macam ni? Ni kalau Hilman, dia tak buat pun macam ni”

“You ni kenapa fikir macam ni? Masa buat keputusan tak pakai otak ke? Ni kalau Hilman kat tempat you sekarang, mesti dia buat betul-betul”

“You ni lah, Hilman tak pernah buat I tertunggu-tunggu macam you buat dekat I sekarang ni you tau”

Semua Hilman.

Sikit-sikit Hilman.

Aku salah sikit, compare aku dengan Hilman.

Dah 3 tahun aku bercinta dengan dia. Dah 3 tahun jugak aku dengar Hilam lagi bagus dari aku dari segala segi.

Hilman, her ex-boyfriend.

Dari aku mula beria, berkawan, ada hati, bersungguh simpan duit nak kahwin dengan dia, lama-lama hilang dah hati aku. Nak keluar makan sama, malas. Tengok muka dia pun malas.

Boleh kira berapa kali aku happy. Itupun lepas aku bagi hadiah untuk harijadi dia. Dia happy sekejap. Takde compare aku dengan Hilman. Haritu jelah. Esok kalau dia jumpa salah aku, dia compare balik.

Semalam…

“You tak tahu ke I tak makan ikan keli? Dah berapa lama kita couple, you tak tahu I geli dengan ikan keli? Ni apa?”

Nadira baling lauk ikan keli masak berlado yang mak aku masak dari rumah. Aku bungkus sikit konon nak makan sama-sama dengan dia.

“You sikit tak sama dengan Hilman. Hilman ingat apa yang I suka, apa yang I tak suka. Hilman tahu I nak makan apa padahal I tak cakap, dia pun tak tanya. You lain sangat dari dia. Ishhh!” Nadira mendengus, peluk tubuh.

Ok. Time up! Cukuplah kot sampai sini.

Aku tak dapat, takkan boleh puaskan hati dia. Aku tak rasa aku boleh ganti tempat Hilman dalam hidup dia.

They childhood sweethearts and together for 7 years but for this time, she really needs to stop doing shit to me.  

“Kenapa diam? Kecik hatilah tu? Salah you jugak. You yang tak pernah nak faham I macam mana Hilman faham I. Jangan bagi I silent treatment. Sekarang ni you yang salah”

Harini…

Aku buat satu secret meeting. Aku-Hilam-Nadira. Kami bertiga.

Aku nak tanya Nadira depan-depan. Antara aku dengan Hilman, mana satu yang dia nak. Mana satu yang dia pilih. Terus terang. Jujur.

Harini hari khamis. Biasanya hari khamis dia balik lambat jadi ni masa yang sesuai untuk kita bertiga duduk bincang.

Disebabkan aku ada kunci pendua rumah dia, aku buat keputusan untuk bincang hal ni kat rumah dia je. Senang. Tak payah fikir kalau jadi drama. Takde sapa nampak.

Aku dengan Hilman duduk kat berdua dapur.

Tak sampai 15 minit kami duduk, aku dengar bunyi gugusan kunci.

Nadira dah balik. Aku Tarik nafas. Aku pandang Hilman. Aku tak tahu apa dia fikir. Yang aku tahu, aku nak hal ni selesai dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus.

Pintu terbuka. Pandangan aku dari Hilman bertukar ke susuk tubuh Nadira yang menapak masuk.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia tergamam. Belum sempat aku explain, dia menjerit.

Pengsan.

Aku jalan menapak ke arah tempat Nadira terbaring. Mungkin ni kali terakhir aku tengok muka dia. Aku taknak jadi orang ketiga antara dorang. Cukup 3 tahun.

Sekarang aku undur diri. Aku biarkan diaorang hidup sama-sama kalau ini apa yang yang boleh buat dia bahagia. Ini apa yang Nadira nak. Dan mungkin Hilman pun nak.

Aku toleh pada mayat Hilman. Mayat yang dah membusuk dan mereput yang aku dudukan di meja makan tadi. Tak bergerak. Tak berganjak. Kainya dah bercarik dan lusuh. Satu rumah berbau busuk. Tanah kubur bersepah bawah meja makan.


Jam 11.50 malam…

Aku kuburkan Hilman dengan Nadira dalam satu liang lahad. Kubur yang sama aku gali Hilman. aku ‘tape’ ketat-ketat badan Nadira dengan jenazah Hilman sama-sama. Aku tengok air mata Nadira meleleh. Mulut Nadira yang aku ikat siap-siap sebab aku taknak dengar dia compare aku dengan depan Hilman lagi.

Air mata Nadira meleleh. Aku tak tahu makna air mata dia.

Mungkin gembira.

Mungkin terharu, sebab aku ‘pulang balik’ dia pada Hilman.

Aku tengok Hilman dengan Nadira dalam liang kubur. 2 minit cukup. Aku tengok dia menggeleng laju. Badan Nadira menggelupur dan meronta seperti ulat. Hilman tak bergerak. Tak menolak. Mungkin dia happy.

Aku capai cangkul dan kikis perlahan tanah kubur yang aku gali tadi. Sekejap-sekejap aku dengar suara Nadira merintih. Aku dengar dia menjerit dengan suara yang separuh keluar.

Mungkin dia gembira. Duduk sama liang lahad dengan Hilman yang sempurna di mata dia.

I felt horrible that we were breaking up but at the same time kalau kau sayang orang yang tak sayang kau, kau yang sakit sendiri. Sakit yang kau tak tahu nak explain macam mana sebab orang tu dah mati. Maruah kau bawah kaki orang yang dah mati. Orang yang dah jadi mayat. Maruah kau lagi rendah dari mayat!

Aku duduk sekajap ambil nafas di tepi kubur Hilman yang dah siap aku kambus. Suara Nadira hilang. Mungkin hanya tinggal tawa bersama Hilman tapi aku tak dengar. True love finally meets their own destiny. I really hope they both happy forever and ever.

Aku? Aku sakit tak apa. Lama-lama hilang jugak perasan patah hati ni.

p/s: Takde nak 'p/s' apa sangat. Petang tadi classmate aku main netball. Aku jadi tukang duduk tepi buat penuh corumm sambil maki kemuncup melekat kat seluar aku. Nahlah gambar barang sekeping dua. 



Thursday, May 12, 2022

13.5: NARSISTIK [but make it worse]

 Hi assalamualaikum semua.

Dua hari lepas, lecturer aku ada sembang sikit pasal narsistik. Secara simple, narsistik ni bila dia rasa diri dia bagus, compare dengan orang lain. Aku rasa ramai kot dah tau pasal narsistik ni. Kalau mana yang tak tau tu, korang bolehlah google. Tapi yang tak bestnya pasal nak google penyakit ni, make sure korang tak self-diagnose. Tak kisahlah kat diri korang sendiri, kat kawan-kawan, sedara mara atau orang keliling.

Sepanjang hidup, aku takdelah jumpa yang narsistik dia teruk sangat. Sikit-sikit ada. Kalau yang datang dari latar belakang keluarga yang kaya jenis tak boleh orang lebih sikit dari dia. Kalau cikgu tunjuk sayang kat student lain, dia ingat satu sekolah benci dia. Dia rasa takde sapa layak tak suka dia.

Yang datang dari latar belakang berpangkat/kuasa ni pulak jenis tak boleh ada yang tegur dia buat salah. Hahahah. Pengalaman aku hadap orang macam ni, dari cikgu aku sendiri. Bila kami satu kelas cakap dia tak pandai mengajar, mula play victim. Cakap kami sebagai student tak boleh ‘ajar’ dia macam mana nak mengajar hanya sebab kami budak-budak.

Tapiiiiiii

Bukan tu aku nak rant kat entry kali ni. Bukan pasal narsistik.

Aku nak ‘ajar’ korang macam mana nak manipulasi orang keliling korang, especially jenis psycho, narsistik, atau orang yang sama waktu denganya.

Aku belajar cara manipulasi dengan orang yang gila kuasa masa aku mula-mula masuk asrama dulu. Bila dah besar ni, boleh kata yang aku dah banyak sangat jumpa orang, dari kenal, jadi kawan, sampai dah tak jadi kawan dah sekarang, aku suka baca attitude orang pada orang lain. Jadi tabiat.

Dari sini, aku belajar macam mana nak counter balik kalau perangai musibat orang tu kene kat aku. Dan aku nak ajar korang jugak macam mana nak counter balik, tanpa naik tangan atau langgar dorang masa lintas jalan.

1.    Ambik mudah apa yang dia cakap.

Some people akan rasa dia sentiasa betul, dan orang lain kene ikut apa yang dia cakap. Apa aku buat, aku dengar apa yang dia cakap sampai habis, dan aku reject depan muka dia dengan alasan simple. Some people really like drama. Dan kalau kau tunjuk kau tak minat dengan apa yang dorang bentang, diaorang takkan tekan kau. Sebab? Kau boring.

2.    Sembang seminimal mungkin.

Kalau kau dah nampak dia ni dominan, suka control keadaan, semua kene ikut telunjuk dia, kene dengar cakap dia, kene ikut jejak langkah dia mana dia pergi, run bestie, runnn. Sebab? Semakin lama kau kawan dengan dia, semakin mudah dia nak manipulate kau.

Kau takkan rasa, sebab nak ‘cucuk jarum’ ni makan masa. Semua bermula dengan minta tolong. Sampai kau tak rasa dah makan budi banyak sangat. Dan kau lama kelamaan akan terima je perangai dia yang macam tu. tengok macam mana dia layan orang keliling dia. kalau kau tak suka, terus jangan jadi kawan lebih-lebih. sikit-sikit takpe. 

3.    Jangan pernah rasa bersalah.

Yang ni best, kau jangan tunjuk yang kau ada perasaan. Ni mungkin tak semua boleh buat sebabbbb, yelah, nama pun manusia. Semua manusia ada perasaan. Tunjuk dengan tak tunjuk je. Untuk kau yang nak hadap orang manipulative/ narsistik ni, jangan tunjuk yang kau rasa serba salah. Some people need to taste their own pill bak kata orang Jawa. Jangan buat sesuatu kerja atas sebab kau rasa bersalah. Takut jadi kebiasaan. Nanti dah masuk kerja, kau sentiasa jadi balaci orang atasan.

Yang ni pun patutnya dah mula kene belajar dari sekarang, bagi makwe-makwe. Kot esok lusa jumpa mak mertua ke ipar duai ke, yang suka ambik kesempatan kat korang, takdelah korang kekok sangat nak reject pertolongan. Rasa bersalah normal. Yang tak normal, kau tak ikhlas bila nak tolong. Lagi teruk, kau tolong, sampai kau sendiri yang sakit hati. Padahal masalah tu tak besar mana pun. Tapi orang saja ambik kesempatan sebab kau baik tak bertempat.

4.    Belajar bahasa badan.

Ni bukan nak counter orang psycho/manipulative je kene belajar. Dalam kehidupan seharian pun.

Kalau korang anak sulung, korang akan rasa yang mak ayah korang akan lebihkan adik-beradik lain. Tapi korang tak tahu yang sebenarnya kalau korang takde depan mata mak ayah, mak ayah ni teringat-ingat macam mana kau hidup. Yelah, anak pertama ni anak yang jadi ikutan adik beradik lain.

“Parent tak cakap dia sayang kau. Kau kene baca sendiri, sweet is not just with words, it continues with act”

Same goes with crush. Nak tackle orang yang kau suka, jangan terus cakap sayang. Orang tak nampak kau ramah. Orang nampak kau gatal. Kat situ dah red flag.

Example macam ni takde kaitan kan? Tapi aku nak tekankan yang belajar bahasa badan ni penting untuk kau tackle first eye orang yang kau nak. Untuk orang yang manipulative, biasanya dorang ni bermula dengan non-verbal. Apa yang kita kene balas? On-the-spot say ‘NO’

5.    Cerminan atau ‘pacing’

Tapi method ni aku tak galakkan sangat pasal boleh jadi kebiasaan. Kau kalau benda dah biasa buat, kau dah pandai kawal situasi, dengan bos pun kau taknak dengar cakap nanti. Cumaaa, yang ni boleh buat sekejap-sekejap.

Macam mana? Tak susah. Macam ni.

Orang manipulative ni nak kita ikut telunjuk dia. Korang boleh counter balik dengan korang buat dia ikut telunjuk korang. Lagi sekali macam mana?

Haaa, cerminan. Ikut balik attitude dia. Kalau dia mula dengan mengada, kau keluar jugak kau punya mengada. Kalau dia keluar dia punya ‘play-victim’, kau pun jangan kalah. Keluar jugak kau punya ‘play-victim’. Belajar argue untuk patahkan point-point dia and make sure kau boleh cakap depan-depan dia. Biasanya, orang macam ni takkan tahan dia punya perangai sendiri, kalau jadi dengan diri sendiri. Sebab tu dia buat kat orang lain.

Ahh, panjang pulak aku punya entry nak siap. 3 hari jugak nak siap. Si Puter dah banyak kali dh tegur. Ni kalau tak tutup ni maunya jadi novel KOMSAS.

Secara kesimpulanya, berpada-pada kalau nak memberi, sebab orang yang menerima ni tak pernah rasa cukup, tak pernah rasa puas. Memberi ni bukan takat bagi duit semata tapi beri budi jugak. Bila kita dah dibiasa tolong orang, orang senang ambik kesempatan sampai kita rasa bersalah nak decline sesuatu pertolongan.

Tahu beza antara tolong sebab memang orang mintak tolong, dengan orang yang mintak tolong sebab kau boleh diharap.

Tahu beza antara terima arahan sebab kerja dengan terima arahan sebab kau balaci.

Belajar cara nak defend diri kau dulu, baru kau boleh defend orang lain.

Ilmu manipulasi ni tak susah nak apply kat orang lain. Kau tahu dengan sapa yang payah? Family. Tapi, mulakan cakap tak pada family dulu. Kalau kau boleh defend diri kau depan family, kalau kau boleh elak diri kau kene buli dengan keluarga sendiri, kau takde masalah nak hadap community manipulative ni kat mana-mana.

p/s: takde gambar. malas letak. nanti letak gambar ada orang marah