Wednesday, May 18, 2022

Nadira dan Sakitnya Patah Hati

Sakit hati jugak sebenarnya.

“Kenapa you buat macam ni? Ni kalau Hilman, dia tak buat pun macam ni”

“You ni kenapa fikir macam ni? Masa buat keputusan tak pakai otak ke? Ni kalau Hilman kat tempat you sekarang, mesti dia buat betul-betul”

“You ni lah, Hilman tak pernah buat I tertunggu-tunggu macam you buat dekat I sekarang ni you tau”

Semua Hilman.

Sikit-sikit Hilman.

Aku salah sikit, compare aku dengan Hilman.

Dah 3 tahun aku bercinta dengan dia. Dah 3 tahun jugak aku dengar Hilam lagi bagus dari aku dari segala segi.

Hilman, her ex-boyfriend.

Dari aku mula beria, berkawan, ada hati, bersungguh simpan duit nak kahwin dengan dia, lama-lama hilang dah hati aku. Nak keluar makan sama, malas. Tengok muka dia pun malas.

Boleh kira berapa kali aku happy. Itupun lepas aku bagi hadiah untuk harijadi dia. Dia happy sekejap. Takde compare aku dengan Hilman. Haritu jelah. Esok kalau dia jumpa salah aku, dia compare balik.

Semalam…

“You tak tahu ke I tak makan ikan keli? Dah berapa lama kita couple, you tak tahu I geli dengan ikan keli? Ni apa?”

Nadira baling lauk ikan keli masak berlado yang mak aku masak dari rumah. Aku bungkus sikit konon nak makan sama-sama dengan dia.

“You sikit tak sama dengan Hilman. Hilman ingat apa yang I suka, apa yang I tak suka. Hilman tahu I nak makan apa padahal I tak cakap, dia pun tak tanya. You lain sangat dari dia. Ishhh!” Nadira mendengus, peluk tubuh.

Ok. Time up! Cukuplah kot sampai sini.

Aku tak dapat, takkan boleh puaskan hati dia. Aku tak rasa aku boleh ganti tempat Hilman dalam hidup dia.

They childhood sweethearts and together for 7 years but for this time, she really needs to stop doing shit to me.  

“Kenapa diam? Kecik hatilah tu? Salah you jugak. You yang tak pernah nak faham I macam mana Hilman faham I. Jangan bagi I silent treatment. Sekarang ni you yang salah”

Harini…

Aku buat satu secret meeting. Aku-Hilam-Nadira. Kami bertiga.

Aku nak tanya Nadira depan-depan. Antara aku dengan Hilman, mana satu yang dia nak. Mana satu yang dia pilih. Terus terang. Jujur.

Harini hari khamis. Biasanya hari khamis dia balik lambat jadi ni masa yang sesuai untuk kita bertiga duduk bincang.

Disebabkan aku ada kunci pendua rumah dia, aku buat keputusan untuk bincang hal ni kat rumah dia je. Senang. Tak payah fikir kalau jadi drama. Takde sapa nampak.

Aku dengan Hilman duduk kat berdua dapur.

Tak sampai 15 minit kami duduk, aku dengar bunyi gugusan kunci.

Nadira dah balik. Aku Tarik nafas. Aku pandang Hilman. Aku tak tahu apa dia fikir. Yang aku tahu, aku nak hal ni selesai dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus.

Pintu terbuka. Pandangan aku dari Hilman bertukar ke susuk tubuh Nadira yang menapak masuk.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia tergamam. Belum sempat aku explain, dia menjerit.

Pengsan.

Aku jalan menapak ke arah tempat Nadira terbaring. Mungkin ni kali terakhir aku tengok muka dia. Aku taknak jadi orang ketiga antara dorang. Cukup 3 tahun.

Sekarang aku undur diri. Aku biarkan diaorang hidup sama-sama kalau ini apa yang yang boleh buat dia bahagia. Ini apa yang Nadira nak. Dan mungkin Hilman pun nak.

Aku toleh pada mayat Hilman. Mayat yang dah membusuk dan mereput yang aku dudukan di meja makan tadi. Tak bergerak. Tak berganjak. Kainya dah bercarik dan lusuh. Satu rumah berbau busuk. Tanah kubur bersepah bawah meja makan.


Jam 11.50 malam…

Aku kuburkan Hilman dengan Nadira dalam satu liang lahad. Kubur yang sama aku gali Hilman. aku ‘tape’ ketat-ketat badan Nadira dengan jenazah Hilman sama-sama. Aku tengok air mata Nadira meleleh. Mulut Nadira yang aku ikat siap-siap sebab aku taknak dengar dia compare aku dengan depan Hilman lagi.

Air mata Nadira meleleh. Aku tak tahu makna air mata dia.

Mungkin gembira.

Mungkin terharu, sebab aku ‘pulang balik’ dia pada Hilman.

Aku tengok Hilman dengan Nadira dalam liang kubur. 2 minit cukup. Aku tengok dia menggeleng laju. Badan Nadira menggelupur dan meronta seperti ulat. Hilman tak bergerak. Tak menolak. Mungkin dia happy.

Aku capai cangkul dan kikis perlahan tanah kubur yang aku gali tadi. Sekejap-sekejap aku dengar suara Nadira merintih. Aku dengar dia menjerit dengan suara yang separuh keluar.

Mungkin dia gembira. Duduk sama liang lahad dengan Hilman yang sempurna di mata dia.

I felt horrible that we were breaking up but at the same time kalau kau sayang orang yang tak sayang kau, kau yang sakit sendiri. Sakit yang kau tak tahu nak explain macam mana sebab orang tu dah mati. Maruah kau bawah kaki orang yang dah mati. Orang yang dah jadi mayat. Maruah kau lagi rendah dari mayat!

Aku duduk sekajap ambil nafas di tepi kubur Hilman yang dah siap aku kambus. Suara Nadira hilang. Mungkin hanya tinggal tawa bersama Hilman tapi aku tak dengar. True love finally meets their own destiny. I really hope they both happy forever and ever.

Aku? Aku sakit tak apa. Lama-lama hilang jugak perasan patah hati ni.

p/s: Takde nak 'p/s' apa sangat. Petang tadi classmate aku main netball. Aku jadi tukang duduk tepi buat penuh corumm sambil maki kemuncup melekat kat seluar aku. Nahlah gambar barang sekeping dua. 



No comments:

Post a Comment