Thursday, June 30, 2022

The Day: The End of Sem 1

Hi assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik, know-know, ehh dah habis sem 1 dah. Entah apa yang aku belajar pun aku tak tahu. Tahu-tahu masuk dewan bawak kalkulator dengan slip exam. lepas 3 jam, keluar dewan, blank. 

Masuk bulan 3 tahun ni, habis bulan 6. Apa je aku belajar? 

Tak tahu. Hilang terus segala benda aku hafal, segala benda aku faham. 

Jangan tanya accounting. Paper accounting aku dah prepared awal-awal kot aku kene repeat sem depan. 

Punya beria study accounting, belajar macam nak dekan, tapi menjawab dalam dewan serupa nak repeat. Study sampai lewat malam sampai demam bhai. Ni pun baru lepas main badminton buat keluar peluh barang setitik dua. Lepu otak. 

Dahlah. Benda dah settle. Aku tawakal jelah. Ada rezeki lulus, lulus. Takde, repeat. Aku pernah je dulu repeat e-commers. Dah rasa dah sakit dia. Ni takkan tak boleh hadap lagi kan?

Ceh, sembang. Aku nangis kot kalau repeat. Sapa je nak hadap sakit yang sama 2 kali?

4 bulan duduk sini rasa apa je?

Ingat nak rant lepas maghrib tadi. Tapi dah kalau kat tangan kau phone, scroll pulak tiktok, nahhh, tahu-tahu je dah pukul berapa dah. Hilang dah apa yang aku nak tulis. Ni pun aku pause sekejap dari nak mengemas bilik. Barang-barang nak packing bawak balik nanti tinggal serpihan je ni. Esok jelah aku sambung pack. 

Sambung balik soalan tadi

Apa je aku belajar 1 sem ni? Takde nak deep sangat pun. 

Selain dari 5 subjek yang aku belajar masa kat kelas, A LOT of things aku hadap?  belajar kat sini mostly pasal kawan-kawan. Yelah. kita ni duduk dalam komuniti kan. Takkan nak hadap dinding je.

Tapi tulah, bila dah berkawan ni kau kene hadap macam-macam mulut. Sebab mulut ni jugak aku rasa aku tak boleh go dengan orang. Then, what the best choice? Leave. Simple Dimple.  

Bila aku blah, orang tanya,

"ohh dah tak kawan ke dengan dia?" 

Funny. Im a bad bitch from their view.  

Aku cakap belakang kot? Remember? hshshshshhshhshahahah! 

Deep down from my bottom of my heart, you better tak payah say sorry to me that day. Its gonna be annoying sebab nak kene bercakap balik macam dulu. 

So, again, apa je aku belajar sem 1 ni? 

Normalize to distance yourself once you feel unwanted. TOTALLY!

Last but not least, lets start fresh. untuk Sem depan. Aku masih ingat pesan Wawa...

"Sampai bila kau nak bawak perangai sombong kau?" Yep. Lets try change it. 

p/s: Cuti panjang-panjang planya nak berjalan. Tak tahu jadi ke tak







Wednesday, June 1, 2022

Red Velvet in June

"June, kau ada tiktok an?”

“Ada. Kenapa?”

“Kau tahu trend pasal belah-belah, rupanya benda tu kek?” aku tarik kerusi duduk sebelah June

“Ohh, yang kek tu macam haiwan tapi bila kene belah rupanya kek tu kan?” June pandang aku sambil angkat kening.

Aku pandang pisau tebal yang June pegang buat belah labu. Dari minggu lepas dia cakap nak masak lemak labu. Harini baru nak buat.

“Macam mana rupa-rupanya, kau pun kek, June?” aku pandang June.

June gelak. “tu, ambik pisau potong daging tu, tikam aku” June geleng kepala sambil senyum

Aku capai pisau potong labu dari tangan June, pusing bahu dia menghadap aku dan tikam tepat dada kiri dia.

“Aufa kau buat apa ni?” muka June terkejut tahan sakit. Tangan kanan dia genggam tangan aku, yang masih pegang pisau dalam dada dia.

Darah merah pekat meleleh laju. Menitik sampai ke lantai. Mata kami bertatapan. Muka June pucat. Aku senyum.

“Aku dah agak dah kau red velvet. Qush pun suka red velvet. Bagi sikit isi badan kau. Aku nak keluar date dengan dia malam nanti”

June terjelepok ke lantai. Aku ke dapur, capai pisau potong daging dan kembali berjalan ke arah June. 

Tengok keadaan June yang tak bergerak di lantai dapur rumah, aku terbayang semula gambar June dengan Qush makan kek red velvet tepi pantai, berdua. 

Tak tahu bila masa diorang berdua jadi rapat, yang Aufa tahu, Qush suka Red Velvet! 

p/s: my bro get married. what cool about it? married?