Hi assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, know-know, ehh dah habis sem 1 dah. Entah apa yang aku belajar pun aku tak tahu. Tahu-tahu masuk dewan bawak kalkulator dengan slip exam. lepas 3 jam, keluar dewan, blank.
Masuk bulan 3 tahun ni, habis bulan 6. Apa je aku belajar?
Tak tahu. Hilang terus segala benda aku hafal, segala benda aku faham.
Jangan tanya accounting. Paper accounting aku dah prepared awal-awal kot aku kene repeat sem depan.
Punya beria study accounting, belajar macam nak dekan, tapi menjawab dalam dewan serupa nak repeat. Study sampai lewat malam sampai demam bhai. Ni pun baru lepas main badminton buat keluar peluh barang setitik dua. Lepu otak.
Dahlah. Benda dah settle. Aku tawakal jelah. Ada rezeki lulus, lulus. Takde, repeat. Aku pernah je dulu repeat e-commers. Dah rasa dah sakit dia. Ni takkan tak boleh hadap lagi kan?
Ceh, sembang. Aku nangis kot kalau repeat. Sapa je nak hadap sakit yang sama 2 kali?
4 bulan duduk sini rasa apa je?
Ingat nak rant lepas maghrib tadi. Tapi dah kalau kat tangan kau phone, scroll pulak tiktok, nahhh, tahu-tahu je dah pukul berapa dah. Hilang dah apa yang aku nak tulis. Ni pun aku pause sekejap dari nak mengemas bilik. Barang-barang nak packing bawak balik nanti tinggal serpihan je ni. Esok jelah aku sambung pack.
Sambung balik soalan tadi
Apa je aku belajar 1 sem ni? Takde nak deep sangat pun.
Selain dari 5 subjek yang aku belajar masa kat kelas, A LOT of things aku hadap? belajar kat sini mostly pasal kawan-kawan. Yelah. kita ni duduk dalam komuniti kan. Takkan nak hadap dinding je.
Tapi tulah, bila dah berkawan ni kau kene hadap macam-macam mulut. Sebab mulut ni jugak aku rasa aku tak boleh go dengan orang. Then, what the best choice? Leave. Simple Dimple.
Bila aku blah, orang tanya,
"ohh dah tak kawan ke dengan dia?"
Funny. Im a bad bitch from their view.
Aku cakap belakang kot? Remember? hshshshshhshhshahahah!
Deep down from my bottom of my heart, you better tak payah say sorry to me that day. Its gonna be annoying sebab nak kene bercakap balik macam dulu.
So, again, apa je aku belajar sem 1 ni?
Normalize to distance yourself once you feel unwanted. TOTALLY!
Last but not least, lets start fresh. untuk Sem depan. Aku masih ingat pesan Wawa...
"Sampai bila kau nak bawak perangai sombong kau?" Yep. Lets try change it.
p/s: Cuti panjang-panjang planya nak berjalan. Tak tahu jadi ke tak
No comments:
Post a Comment