Thursday, December 29, 2022

12.13 midnight

Hai, assalamualaikum semua.

Jam laptop aku pukul 11.43 malam, 29/12/22. Tak dan lagi berapa hari nak masuk tahun baru. Jadi, mari kita bercakap, mengenang, mengimbau segala suka-duka nikmat sepanjang tahun ni.

Tahun ni aku habis 2 sem kat KPMBP. Aku ingat lagi aku mohon masuk sini masa tengah break kerja kilang dulu.

Habis je setel semua mesin aku belajar, aku terus rasa macam dah malas nak datang kerja. Hilang passion, datang kilang bosan. Kerja banyak main, bergaduh dengan Indon dan semuanya.

Bosan aku hadap benda sama tiap hari, aku mohon masuk sini. Alang-alang aku nampak MARA promote kat twitter.

Masuk sem 1. Kenal manusia baru. Rasa suasana baru. Takde apa pun yang best. Manusia masih sama. Takde apa sangat pun aku nak cerita.

Sem 1 setel. Result exam takdelah gempak sangat. Tapi bila kau duduk dalam circle yang pandai, kau auto rasa kau useless in some part of berkawan ni.

Part ni kadang buat aku menyesal banyak kali jugak. Aku pun terfikir setan mana yang hasut aku sambung belajar. Mana datang semangat hutan yang tiup confident ambik accounting. Tiap kali bukak buku, tiap kali tu jugak menyesal apasal aku sambung belajar.

Tapi tu kejap je. Lepas keluar kelas, lepas makan, lepas ‘cuci mata’ tengok abang, hilang dah menyesal tu. Esok dia sambung balik.

Masuk sem 2, aku sambung balik rasa menyesal sambung belajar tu bila aku belajar mandarin. Entah manusia manalah yang cakap nak dapat kerja kat Malaysia ni kene pandai cakap cina. Aku cakap Melayu pun terabur lagi cakap bahasa asing.

Result sem 2 pun ok-ok saja. Nak kata pandai, tak jugak. Tapi nak kata bodoh pun tak jugak. Dia ni tengok jugak subjek mana aku hadap. Kadang dalam kelas nampak macam paham, balik bilik nak study rasa takde apa pun aku simpan dalam otak.

Naik sem 3. Nilah. Sekarang ni. Masih lagi kelas yang samaaaa..

Wait…

Jap…

Oh ya, baidewayyyyy…

Sorang classmate aku berhenti belajar. Yang asalnya kami satu kelas 15 orang, tinggal 14 semua sekali. Tak tahu pasal apa, tapi kalau sesuatu keadaan tu buat kau rasa sakit, you better get away from it. Daripada kau tahan dan pendam sendiri pastu makan diri kau balik baik kau berhenti. 

Hope she will be fine.

Balik semula sem ni punya cerita. Naik sem 3 ni, semua students aras block asrama aku kene pindah sebab contractor tengah kopak tandas. Dah kami semua kene pindah pergi bilik lain. Nasib baik jugaklah selesa. Tapi best lagi bilik lama.

Lepastu hanphone aku terbelah dua. banyak kali jatuh, banyak kali survive pasang surut kehiduapn aku belajar kat sini, cukup 6 tahun berbakti untuk aku maka minggu lepas dia dah meninggal. Nasib baik abang aku ada spare satu phone. Aku mintak dia. Risau jugak aku sebab aku nak kene meniaga sem ni. 

Apa lagi nak cerita? Takde dah kot. Sem 3 ni baru nak masuk minggu ke 5. Minggu depan ada test accounting dengan costing. Nak belajar tapi tak tahu nak belajar apa. Macam biasalah.

Aku ada rasa nak keluar dari PGC tapi tu nantilah aku cerita, tapi nak cerita pun takde apa nak cerita. Mungkin sebab tak berapa nak kene dekat hati kot. Biasalah, dah tua. Rasa tak blend nak lepak dengan budak-budak. Aku rasa aku paling ngam pun memang dengan classmate aku jelah. 

Sem ni, antara banyak-banyak subjek aku belajar, subjek ETR yang buat aku terfikir masa depan.

‘hidup bermula dengan angan-angan’

Its better to have a bad plan than no plan at all. Perancangan boleh diperbaiki sepanjang perjalanan kau nak capai sesuatu selagi kehidupan kau tak habis lagi.

Mulakan dengan sekadar ‘mencuba’ lepastu kau belajar dari segala kegagalan kau sepanjang try and error tadi.

Aku tak minat meniaga. Tapi untuk subjek ni, aku kene jugak berniaga. Aku pujuk jugaklah untuk cuba kot esok lusa aku terminat pulak nak bukak bisnes. Pastu maju. Pastu aku bukak kilang. Pastu aku dapat untung lebih. Pastu aku dapat contract dengan kerajaan. Pastu aku untung lagi juta-juta. Pastu aku kahwin dengan anak dato.... pastu… pastu…. pastuuu...

p/s: Tahun ni punya azam dah capai belum? Aku punya azam nak capai berat badan 48kg tapi masih tak mampu. Macam biasa, kita bawak azam tahun ni pergi tahun depan.

 


 

Thursday, December 8, 2022

3.29: New Sem and Old Me

Hi assalamualaikum, Ni Hao…

*Punya bersawang blog aku ni hah.

Omaru Henchem

Pejam celik pejam celik eh, dah sem 3 dah aku. Lagi 21 hari nak habis 2022.

Last entry aku pasal aku mengamuk.

Lepastu aku exam final sem 2. Janganlah tanya result aku. Bukan boleh dibanggakan pun.

Lepastuuuu, cuti semesta. Dan-dan cuti tu, Malaysia buat pilihan raya ke-15. Dan aku sebagai penyokong Anwar Ibrahim dan menjadi pembangkang sepanjang hidup ni pun pangkahlah Pakatan Harapan which is Anwar punya parti.

Dan Pakatan Harapan bersama dengan parti gabungan MENANG MAJORITI.

Nah, current government, lead by PMX Anwar Ibrahim. 

Aku happy. Mak aku, abang aku, kak Ipar aku makan hari jugaklah nak move on. Masing-masing undi geng Abah (yuksss!)

Ingatkan dah menang terus settle, tapi tak. Sampai sekarang kalau scroll twitter, bersepah lagi geng-geng pembangkang yang tak move on.

Disebabkan aku jenis enjoy ‘tea’ layan jugak kadang-kadang. Saja buat tambah-tambah ilmu politik.

Habis pasal politik.

Naik sem 3 ni masih lagi dengan perasaan yang sama.

Mula-mula masuk janji nak fokus belajar. Janji taknak main-main. Janji taknak buat keje last minutes. Tapi tuhan dan seisi alam tahu je tu cuma sekadar menanam tebu di tepi bibir dan janji bakal dicapati.

muka semasa. semalam punya gambar

Oh ya, aku masih lagi usaha untuk suka Mandarin. Dalam banyak-banyak subjek, Mandarin ni lah subjek paling aku usaha untuk suka. Kita tengok lagi sebulan dua macam mana kot tukar laoushi boleh ubah angin ke apa. Mana tahu.

Apa lagi nak cerita?

Oh ya, kawan kelas aku masih sama. Alhamdulillah takde sapa berhenti. Harap kekal semua sampai sem 6.

Sama jugak macam circle aku. Semua dapat dekan. Kecuali aku.

Sembang pasal sem ni en;

Ermm… malas ah cite.

Ermm, apa lagi nak cakap. Macam takde je. Ok tu jelah.

Bye!

p/s: Bandar Penawar hujan. Takde pakwe nak bagitau, so aku bagitau korang jelah.