Thursday, December 8, 2022

3.29: New Sem and Old Me

Hi assalamualaikum, Ni Hao…

*Punya bersawang blog aku ni hah.

Omaru Henchem

Pejam celik pejam celik eh, dah sem 3 dah aku. Lagi 21 hari nak habis 2022.

Last entry aku pasal aku mengamuk.

Lepastu aku exam final sem 2. Janganlah tanya result aku. Bukan boleh dibanggakan pun.

Lepastuuuu, cuti semesta. Dan-dan cuti tu, Malaysia buat pilihan raya ke-15. Dan aku sebagai penyokong Anwar Ibrahim dan menjadi pembangkang sepanjang hidup ni pun pangkahlah Pakatan Harapan which is Anwar punya parti.

Dan Pakatan Harapan bersama dengan parti gabungan MENANG MAJORITI.

Nah, current government, lead by PMX Anwar Ibrahim. 

Aku happy. Mak aku, abang aku, kak Ipar aku makan hari jugaklah nak move on. Masing-masing undi geng Abah (yuksss!)

Ingatkan dah menang terus settle, tapi tak. Sampai sekarang kalau scroll twitter, bersepah lagi geng-geng pembangkang yang tak move on.

Disebabkan aku jenis enjoy ‘tea’ layan jugak kadang-kadang. Saja buat tambah-tambah ilmu politik.

Habis pasal politik.

Naik sem 3 ni masih lagi dengan perasaan yang sama.

Mula-mula masuk janji nak fokus belajar. Janji taknak main-main. Janji taknak buat keje last minutes. Tapi tuhan dan seisi alam tahu je tu cuma sekadar menanam tebu di tepi bibir dan janji bakal dicapati.

muka semasa. semalam punya gambar

Oh ya, aku masih lagi usaha untuk suka Mandarin. Dalam banyak-banyak subjek, Mandarin ni lah subjek paling aku usaha untuk suka. Kita tengok lagi sebulan dua macam mana kot tukar laoushi boleh ubah angin ke apa. Mana tahu.

Apa lagi nak cerita?

Oh ya, kawan kelas aku masih sama. Alhamdulillah takde sapa berhenti. Harap kekal semua sampai sem 6.

Sama jugak macam circle aku. Semua dapat dekan. Kecuali aku.

Sembang pasal sem ni en;

Ermm… malas ah cite.

Ermm, apa lagi nak cakap. Macam takde je. Ok tu jelah.

Bye!

p/s: Bandar Penawar hujan. Takde pakwe nak bagitau, so aku bagitau korang jelah.

 

No comments:

Post a Comment