Hi, assalamualaikum yorobun!
First, let
me ask you this,
Kalau kau
tahu bila kau mati en, apa kau nak buat saat-saat akhir hidup kau? – ask this
to yourself
Aku nak
tanya korang yang hidup bebas sekarang ni. Sebab soalan ni aku dapat masa aku
buat volunteer kat penjara dulu. Abang pegawai penjara tanya kami semua. Sebab
banduan-banduan dalam penjara yang tengah tunggu turn nak kene gantung dah tahu tarikh dorang mati tapi tak boleh buat apa yang diorang nak buat selain memperbanyakkan ibadah untuk bawak mati nanti.
But this
time, korang yang bebas kat luar ni, yang tengah baca blog aku ni, apa yang korang nak buat kalau korang tahu
yang korang hidup lagi sebulan? Apa kau nak buat? Siapa kau nak jumpa? Apa kau
nak cuba?
Classmate
aku sorang ada yang sakit sekarang ni. Aku tak tahulah dia melawak ke, gurau
ke apa tapi naik cuti raya harini dia boleh cakap yang dia ada lagi sebulan
untuk hidup. Nak kata aku salah dengar pun tak jugak sebab Dayah pun dengar
sekali. Tapi dia rileks je. Macam takde apa.
Aku tak nak
tanya lebih-lebih sebab kawan yang ni bukan kawan rapat sangat pun. Lagipun
benda tu tak appropriate untuk ditanya lebih-lebih. Takut dia tak suka, takut
dia tak selesa.
Wah entry
aku serius ekh…
Disebabkan
dia punya ayat dalam kelas tadi pasal dia boleh hidup lagi sebulan, aku
terfikir kalau aku jadi dia, apa aku nak buat? Apa aku boleh buat? Boleh ke aku hadap hari-hari aku macam biasa? Entah-entah
aku sekarang ni duduk dalam bilik. Terkurung. Tak boleh nak tengok muka mak
aku. Tak boleh nak hadap orang kalau orang tanya macam-macam. Tak tahu nak
respon macam mana kalua orang kesian dengan aku. Tak lalu nak makan.
Apa je aku
boleh buat dalam sebulan selain jadi gila sebab tak boleh terima takdir?
Apa je amalan yang aku
boleh bawak bila esok lusa aku nak mati?
Apa yang berubah lepas aku mati nanti?
Sapa jaga mak aku?
Bila
fikir-fikir balik masa aku tengah taip sekarang ni, aku lagi prefer kalau aku
nak mati, aku terus mati. Tak rasa sakit lama-lama sangat. Tak menyusahkan
keluarga aku, lagi-lagi mak aku.
One thing
aku rasa ok is, aku bagi je sesapa nak baca semua penulisan aku kat wattpad.
Semua. Aku tahu aku dah tak fikir dah apa orang nak cakap, apa orang nak kritik
pasal tulisan dengan novel aku kat sana. Aku esok lusa dah nak mati kot. Tak
dan nak malu orang kritik tulisan aku LOL.
-aku
bidadari syurgamu
Punyalah
panjang aku tulis tapi lupa nak wish kat korang semua hari raya. Entah dah raya
ke berapa tah, tapi SELAMAT HARI RAYA k. Takde gambar raya sebab muka aku buruk. Abang aku hand[hone je mahal tapi ambik gambar serupa gampang.
Disebabkan entry aku panjang dan serius, nahlah aku tambah lagu raya fav aku. Dengar k
Raya aku
tahun ni baik-baik sahaja. Takde dapat soalan pelik-pelik. Paling pelik pun mak
aku,
“asal pakai
baju hitam pegi beraya rumah orang ni adik?” – mak
Ahhh, mak.
Satu-satunya
orang yang aku taknak ingat bila aku nak mati esok lusa.
p/s: cliche tapi kalau aku tahu aku boleh hidup lagi sebulan je, aku pergi confess kat crush.