Tuesday, May 2, 2023

What if?

Hi, assalamualaikum yorobun!

First, let me ask you this,

Kalau kau tahu bila kau mati en, apa kau nak buat saat-saat akhir hidup kau? – ask this to yourself

Aku nak tanya korang yang hidup bebas sekarang ni. Sebab soalan ni aku dapat masa aku buat volunteer kat penjara dulu. Abang pegawai penjara tanya kami semua. Sebab banduan-banduan dalam penjara yang tengah tunggu turn nak kene gantung dah tahu tarikh dorang mati tapi tak boleh buat apa yang diorang nak buat selain memperbanyakkan ibadah untuk bawak mati nanti. 

But this time, korang yang bebas kat luar ni, yang tengah baca blog aku ni, apa yang korang nak buat kalau korang tahu yang korang hidup lagi sebulan? Apa kau nak buat? Siapa kau nak jumpa? Apa kau nak cuba?

Classmate aku sorang ada yang sakit sekarang ni. Aku tak tahulah dia melawak ke, gurau ke apa tapi naik cuti raya harini dia boleh cakap yang dia ada lagi sebulan untuk hidup. Nak kata aku salah dengar pun tak jugak sebab Dayah pun dengar sekali. Tapi dia rileks je. Macam takde apa.

Aku tak nak tanya lebih-lebih sebab kawan yang ni bukan kawan rapat sangat pun. Lagipun benda tu tak appropriate untuk ditanya lebih-lebih. Takut dia tak suka, takut dia tak selesa.

Wah entry aku serius ekh…

Disebabkan dia punya ayat dalam kelas tadi pasal dia boleh hidup lagi sebulan, aku terfikir kalau aku jadi dia, apa aku nak buat? Apa aku boleh buat? Boleh ke aku hadap hari-hari aku macam biasa? Entah-entah aku sekarang ni duduk dalam bilik. Terkurung. Tak boleh nak tengok muka mak aku. Tak boleh nak hadap orang kalau orang tanya macam-macam. Tak tahu nak respon macam mana kalua orang kesian dengan aku. Tak lalu nak makan. 

Apa je aku boleh buat dalam sebulan selain jadi gila sebab tak boleh terima takdir?

Apa je amalan yang aku boleh bawak bila esok lusa aku nak mati?

Apa yang berubah lepas aku mati nanti?

Sapa jaga mak aku? 

Bila fikir-fikir balik masa aku tengah taip sekarang ni, aku lagi prefer kalau aku nak mati, aku terus mati. Tak rasa sakit lama-lama sangat. Tak menyusahkan keluarga aku, lagi-lagi mak aku.

One thing aku rasa ok is, aku bagi je sesapa nak baca semua penulisan aku kat wattpad. Semua. Aku tahu aku dah tak fikir dah apa orang nak cakap, apa orang nak kritik pasal tulisan dengan novel aku kat sana. Aku esok lusa dah nak mati kot. Tak dan nak malu orang kritik tulisan aku LOL.

-aku bidadari syurgamu

Punyalah panjang aku tulis tapi lupa nak wish kat korang semua hari raya. Entah dah raya ke berapa tah, tapi SELAMAT HARI RAYA k. Takde gambar raya sebab muka aku buruk. Abang aku hand[hone je mahal tapi ambik gambar serupa gampang. 

Disebabkan entry aku panjang dan serius, nahlah aku tambah lagu raya fav aku. Dengar k

- nah dengar, kalau nak dengar-

Raya aku tahun ni baik-baik sahaja. Takde dapat soalan pelik-pelik. Paling pelik pun mak aku,

“asal pakai baju hitam pegi beraya rumah orang ni adik?” – mak

Ahhh, mak.

Satu-satunya orang yang aku taknak ingat bila aku nak mati esok lusa.

p/s: cliche tapi kalau aku tahu aku boleh hidup lagi sebulan je, aku pergi confess kat crush. 

 

No comments:

Post a Comment