Monday, June 3, 2024

7.02: 'Dont reload, switch weapons'

 Hi, assalamualaikum semua orang. 

Its been a long time... tipu.. Takdelah long time benor. 

First of all, aku tak pergi convo. 

Yang ni aku taknak sembang lebih. Result aku pun sekadar takdir yang tertulis je dia lulus. Aku pun tak beria nak naik stage lagi pasal aku dah pernah merasa dah waktu degree dulu. Muka pun muka tua. Nanti orang ingat aku langgar pantang susuk pulak masa atas stage. Cukuplah tu. 

Second of all, aku dah resign dari position aku, lepas sebulan aku kerja. 

Haaa... yang ni best. Yang ni buat aku lama tahan diri nak tulis entry. 

Owh, entry kali ni takde kelakar-kelakar. Kali ni serious. Kot lah korang tunggu aku punya kelakar ke... takde... takde.... 

Dia macam ni tau kawan-kawan, kalau kau nak mengajar, mengajarlah dengan ikhlas. Bukan marah-marah. Bukan bentak-bentak serupa batang leher kau kene jerut kalau kau tak mengajar. Kau nak tunjuk kuasa apa kat budak baru? 

Tak susah pun kerja dia. Cuma tak best je

Mengajar ni kene ikhlas kalau nak mempermudahkan sesuatu ilmu tu meresap. Wahhh meresap.. macam step-by step nak buat ayam bakar. Ni tak, mula-mula kau mengajar je ok. Pastu next day, dah serupa aku diajar askar jepun dah dia punya bentak dah. Kalau taknak mengajar, cakap jelah. Tapi tak, kau ambik elaun mengajar, tapi mengajar serupa celaka. 

Aku ni pulak selow. Ibarat kalau budak-budak nak start menulis, dia kenal huruf besar dengan huruf kecik mungkin makan masa sebulan bulan je. Tapi aku makan masa tiga bulan nak complete 26 huruf tu. Orang lain dah boleh eja 'perpustakaan' dah hari pertama bulan kedua. Tapi aku tak, bulan ke 6 lepas belajar ABC baru aku boleh eja. Itu pun lepas nangis banyak kali sebab salah je memanjang.

Nampak yang merah tu? Tulah stress

Aku ingat lagi masa aku intern ada sorang akak office cakap, kalau probation pekerja tu contohnya 3 bulan, dalam masa 3 bulan tu, selagi dia tak makan rasuah, tak songlap duit company, takde niat membunuh member office, its okay je dia buat salah. Sebab tu tempoh dia belajar. Tak boleh tak patut dia dimarah. Tapi tulah, yang mengajar aku tu pulak takde SPM. Jadi dia punya sombong bongkak dia memang paling tinggi kat dunia ni. Mengajar pulak budak fresh grad. Dia ingat yang keluar-keluar tu segala ilmu duniawi ni dalam tangan agaknya. 

The tension masa nak masuk kerja, nak habiskan sampai jam 5 petang, Kene hadap BE yang sikit pun tak bagi jawapan untuk soalan kau, takde sapa nak ajar buat benda-benda penting erhghhhhghhg..... sumpah annoying. Aku faham kenapa aku ni orang ke berapa resign... 

Shuhada last day, Adzean day-one!

Tapi takpe, aku ingat lagi lect aku cakap, jangan takut pergi tempat lain, hidup kat tempat lain, survive kat tempat lain. Kalau tak ok nak kerja kat sana, cari tempat yang kau boleh bekerja dengan ikhlas. Dengan itu, aku resign dan dah ada tempat yang aku secure untuk next position aku. Walaupun gaji kecik tapi kalau kau seronok kerja kat tempat ut, gaji tu boleh jatuh ke pilihan kedua and ketiga. Aku taknak pergi kerja dalam keadaan aku stress, balik pun dalam keadaan stress. Aku nak kerja dalam keadaan yang masalah tu aku mampu selesaikan dengan bantuan orang lain yang boleh mengajar aku baik-baik ah gitchewww...

The ending of this point, terima kasih kepada Chacha and geng sebab tolong aku last minit before aku resign. Dahlah aku banyak salah. Dia share nombor member dia, member dia ajar aku step-by-step. Siap pujuk aku jangan panik. Siap tulis pastu cakap ulang-ulang lagi step-by-step SQL. Sama jugak macam kawan-kawan aku. Yasmin siap buatkan lagi chart untuk aku pasal aku punya PC tu dari zaman Singapura kene langgar todak dia punya lama. Kau bayangkan, chart tak boleh buat PC tu hghhagsahhahaghah BE aku pun tak guna bodoh tak bagi solution. Nasib baik aku tak block kawan-kawan aku lol...

Sarapan, sebab tak boleh maki BE

The last one, tahniah kepada kawan-kawan sekelas saya yang akan naik stage untuk grad. Kita tak jumpa lagi dah gamaknya tapi kalau korang nak kahwin pastu jemput aku, pun belum tentu aku boleh pergi so memnag tak janji akan jumpa ke tak. So i wish u all the best Mana nak sambung study, pergilah. Mana yang nak terus kerja, pergilah. Mana yang nak kahwin, pergilah. Selagi korang tak telan dadah, hiduplah macam mana pun yang korang nak. Oh, wish aku ni untuk classmate aku je. Yang datang menumpang pastu jadi free rider, takde selamat untuk anda. 

Break satu jam. Ni je mampu

p/s: Dulu ada sorang kawan aku ni tunggu je aku punya blog. Dia dah kahwin, ikut suami, terus putus contact. Ni ada lagi sorang yang buat aku nak menulis balik. Menulis ni best, tapi dia datang sekali dengan sesapa yang offer nak baca. Kalau aku je beria nak tulis, baik aku tulis diari, ye dak? 


Monday, March 18, 2024

18Mac/ the last day of us

Hi, assalamualaikum semua.

Last entry aku, 27 Dec 2023.

New entry aku harini, 18 Mac 2024.

Berapa lama aku palau blog ni.

Harini, aku habis paper final. Habis sem 6. Habis diploma. Officially, habis semua berat beban nak bangun pagi siap-siap pegi kelas.



Perasaan dia sama je. Sama macam aku mula-mula masuk sini.

Rasa sunyi.

Mungkin sunyi tu sebab semua student dah balik.

Atau sunyi sebab aku dah rasa biasa berkawan lepastu tetiba semua takde.

Anyways,

Kalau aku tanya pada Shuhada, kenangan paling manis apa yang akan aku ingat sekali setakat aku hidup ni, I could say yang salah satunya tempat aku study.

Not even one place yang aku ingat kalau aku pergi berjalan tempat-tempat best pun. 

Tapi, tempat study, tempat aku jumpa orang baru, tempat aku gelak ketawa, tempat gaduh, tempat tu tempat paling best sekali.

Kalau aku boleh putar balik masa (cliché en?) aku akan pilih lagi sekali untuk aku masuk tempat ni. Tapi make sure takde kaki riderlah.

Tak tahu nak cakap susah ke tak jadi student pada umur “yang sepatutnya kau pegang tangan anak, tapi kau masih pegang pen” ni melainkan kau rasa the struggle jadi warga KPM lah tiberrr promote tempat studyyy

They say the greatest escape from the world is sleeping; yelah, kolej pun hujung ceruk dunia. Nak berjalan jauh pulak kene ada dua benda; duit dengan transport.

Aku, tak payah pergi mana-mana. Cukup dapat tidur petang khamis, bangun subuh jumaat. Tu dah satu anugerah dah tu sebagai seorang student.

Another sweet memories, late night wayang, late night story, makan begedil lepas kelas jam 5 petang sambil ditemani monyet liar, pagi-pagi jogging sebab nak dapat kupon makan free, share homework waktu kelas…

Dulu, awal kemuncak aku fed-up, masa sem 4. Sem yang aku kene belajar cina. Aku celik mata je aku mengeluh,

“harini ada kelas cina…”

“bila nak habis…”

Tapi harini. The last day aku kat kolej ni,

Aku pun tak paham apasal susah sangat nak belajar. Padahal bukan susah pun. Tak best je. Tu pun Shuhada nak mengeluh.

Hidup kat sini susah. Tapi sebab aku ada diaorang, semua yang susah kat bahu tu jadi ringan.

Hidup kat sini sedih. Tapi sebab aku ada diaorang, hilang semua sedih aku bila masuk kelas.

BABILAH HUTAN BELAKAANG NI BUNYIK GELAK-GELAK PULAKKKKKK AKU TENGAH NAK MAIN EMOSILAH MAMBANGGGGG!


Sambung balik¬

Bila aku meroyan, aku tak meroyan sorang-sorang. Semua kene dengar ‘royanan’ aku. Bila aku lapar, masing-masing offer makan. Bila sorang kene kacau hantu atap, aku orang pertama yang offer telinga. Baik kan aku?

Semua tu kenangan. That make it so hard untuk aku lupa. Atau mungkin aku tak lupa pun?

Dulu masa sem 1, aku ingat aku tak boleh nak adapt dengan kelas aku. Mungkin sebab jurang jauh sangat, aku ingat korang childish but sumpahhhhh NO.

Aku pulak rasa aku ni paling tak matured sekali sebab sikit-sikit nak mengamuk.

Aku ingat aku nangis sebab FA1. Aku nangis sebab test 2 FA4. Nangis teruk macam dah paling azab sangat dah.

“jangan rapat sangat. Nanti kau paling sakit kalau orang tak pedulikan kau” – they say.

Tengahari tadi, masa masing-masing last paper, semua say something to each other. Bergambar. Bergelak ketawa. Seolah-olah macam kita betul-betul nak pindah jauh pastu dah tak jumpa.

Sebab; it was the real, the very last day. There would be no ‘last day’ dah after harini.

Aku tahan muka. Taknak dorang cakap apa-apa dengan aku. Sebab senang nanti aku nak lupa diorang kalau diaorang dah lupa aku.

In case kalau ada classmate yang baca blog aku, aku nak minta maaf.



Dear kawan-kawan saya,

Saya nak minta maaf. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Zahir batin. Mental fizikal. 

Selama kita berkenalan ni, kalau aku salah, aku marah korang, tu sebab korang yang start dulu. Aku tak marah kalau korang tak buat aku marah tau. Korang yang cari pasal.

Gurau.

Ni serius.

Aku nak mintak maaf. Kalau aku berkasar; sedar tak sedar. Aku lupa korang pun ada hati yang aku juga kene. Aku lupa yang kita boleh je cakap baik-baik instead of meradang tak tentu pasal. Aku lupa yang kita ni sesama manusia. Tak sempurna.

Ni tak lain jadi punca ni iblis lah ni. Dia yang jadi batu api.

Anyway.

Lepasni, mana-mana yang nak pergi kerja, kerja baik-baik.

Mana-mana nak sambung study, sambung study.

Mana-mana nak khawin, make sure jangan bercerai.

Lepasni, takde sapa dah aku nak mintak jawapan ke, soalan bocor ke, nak mintak panadol ke, nak mintak duit pecah ke, nak mntak air ke, nak mintak gula-gula ke.

Takde.

Aku still unsure apa yang aku buat. But i'm good at pretending to be confident. i have a LOTTTTTT of idea but stuck at execution most of the time. But hey, im still learning to focus. 

“simpanlah cinta Allah didalam hatimu dan genggamlah cinta manusia di dalam tanganmu, agar nanti andai engkau terluka, lukanya hanya di jari. Bukan di hati” – ayat tiktok.

“Apabila manusia itu menyakiti kamu, berdoalah kepada tuhan agar kamu tidak melakukan perbuatan serupa terhadap orang lain” – ayat twitter.

Takde kaitan. Saja nak bagi korang baca hshshshhshs. Rasa macam baca wasiat en?


.................................................................................................

 

p/s: dear Amir, thanks doh tulis nama aku betul-betul. Selalu orang salah eja.

Anyways, kau takde salah pun dengan aku. Apatah lagi buat aku sedih. Tetiba jadi awkward pulak kau say sorry tak pasal. Goodluck jugak untuk kau, your plan, in future. Aku mintak maaf kalau aku bergurau kasar dengan kau. Gurau buat kau tak selesa. Aku doakan kau selamat pegi, selamat balik buat umrah. Sihat tubuh badan. Murah rezeki kau sekeluarga.

Ada umur panjang, ada jodoh, ada rezeki, aku kahwin. Kalau kau tetiba nampak aku kat mana-mana nanti sambil dukung anak, tu tandanya aku kahwin kat siam. Sebab kalau aku kahwin kat sini aku buat majlis 7 hari 7 malam. Semua kawan-kawan aku jemput. Tapi kalau aku post kat mana-mana aku mengandung tu, maksudnya aku ni second wifelah. Second wife ni tak buat majlis pun. Buat doa selamat je.

Last but not least, jaga Kesihatan kau baik-baik. Dah boleh dah follow aku kat ig nak tengok aku kahwin dulu ke atau sambung second degree aku.

Wahhh gitcheww promote IG sis!