Monday, December 28, 2020

Cerita Cinta Salmah

Salmah membelek-belek gambar masa dia bersekolah rendah. Gambar kenangan. Walaupun ada beberapa keping gambar yang sudah rosak, dia masih lagi simpan. Sayang nak dibuang katanya.

Sedang dia membelek gambar, dia terkenang semula cinta pertamanya. Dia sendiri tidak tahu sama ada itu adalah cinta pertama atau sekadar perasaan tidak matang seorang kanak-kanak di bangku sekolah rendah. Dia mula melihat awan, dan terbanyang semula cerita dulu~

******************************************

Salmah terpandang seorang lelaki kelas sebelah sedang menikmati mee hoon di kantin yang penuh sesak dengan murid yang lain. Abu namanya. Seorang lelaki yang sedikit cubby, berkulit sawo matang dan berkaca mata sedang makan bersama kawan-kawanya. Ohh, makan dan ketawa.

Salmah perempuan biasa. Salah. Belum lagi perempuan. Masih lagi seorang kanak-kanak. Kanak –kanak yang comel dan petah berbicara. Agak berani dan kurang sifat malu.

Salmah mula cover ayu bila melintasi depan Abu dan kawan-kawanya. Typical perempuan I guess? Jalan kepit konfiden dan senyum sepanjang jalan nak beli makanan. Posture bandan ditegakkan agar kelihatan tinggi. Salmah melipat sedikit tudung tepi pipi agar kelihatan lesung pipitnya.

Sekilas jalan, Salmah terpandang Abu yang juga melihat ke arahnya. Tidak berkelip mata Abu. Ahh, dia terpesona dengan lesung pipit aku barangkali. Begitulah kata Salmah dalam hati. 

Solid jugak badan makwe ni walaupun baru darjah 3 erm..

Long story short,

Sejak pandang pertama di kantin tempoh hari, Abu bagaikan gila bayang. Tapi malu dia bukan kepalang. Abu lagi malu kalau nak compare dengan malunya si Zainab ketika pertama sekali masuk sekolah darjah satu dan terkencing didalam kelas dan dipandang oleh murid yang lain.

Tapi tidak untuk Salmah. Kan Salmah seorang yang berani? Atas dorongan kawan-kawanya, dia memulakan langkah untuk menulis surat kepada Abu ajak bertemu. Surat tersebut dilipat berbentuk hati dan dibubuh bedak agar berbau wangi. Juga dicalitkan minyak atar agar lembut hati Abu untuk menerima pelawaan dia.

Abu pula gembira bukan kepalang. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal kata cikgunya yang merujuk kepada impian yang datang tiba-tiba. Dia sendiri nak usha tapi pemalu. Dahlah pemalu, penakut pun boleh tahan juga tu. Tapi bila dah Salmah sendiri yang memulakan langkah, tak mungkin dia akan menolak.

Maka, melalui seorang kawan, disampaikan kepada Salmah tentang persetujuan Abu untuk berjumpa buat kali pertama.

Mereka janji untuk berjumpa di warung ABC milik Haji Berahim bersebelahan warung Cendol Pak Abas. Tapi takkan pula nak makan ABC je kan sepanjang dating?

Salmah pun orderlah sebungkus banjo dengan extra timun.

“Abang letak banyak-banyak tau bang timun tu?” sebelum berlalu, Salmah berpesan lagi

“Awak cantik” Abu dah mula jual minyak. Tanganya memintal tali beg yang terjurai.

“Awak pun hensem. Tapi pendek sikitlah. Tapi sokey, saya tak kisah. lelaki kan lambat membesar. Nanti mesti lama sikit awak tinggi. Takpe. Saya tunggu.” Begitulah fitrahnya perempuan, satu soalan, jawapanya boleh jadi 2 3 muka surat.

“Nah, RM2.00. Abang dah siap-siap belah dah beger ni. Kongsikan?” Abang Am tanya.

“Ye bang, kami kongsi” jawab Abu malu-malu.

Abang Am pun berlalu. Tinggal mereka berdua semula.

“Jemput makan” jemput Samah dengan ayu dan bersuara agak manja dan lunak. Salmah melipat lengan baju.

Abu mengangguk dan membaca doa sebelum diaminkan oleh Salmah. Mereka mula makan.

Tapi, tidak selesai suapan pertama Salmah, seleranya terganggu. Dia bengang sendiri bilamana Abu buang segala timun yang ada sekali dalam banjo.

Shittt! Apehal siak jantan ni? koajo duhh

“Awak tak makan timun ke?” Salmah mula hilang ayu. Suara ditegaskan. Muka dimasamkan. Mata dibesarkan. Mulut diherotkan. Diletakan banjo yang dipegang ke dalam piring semula dan menunggu penjelasan Abu.

“Tak. Saya tak suka. Tak sedap. Rasa dia macam lipas. Yek” dengan mulut penuh Abu makan tanpa perasan yang Salmah disebelahnya mula berang dan meradang.

Dengan tidak semena-mena, kilat sabung menyabung, angin datang tidak tentu arah. Habis terbang segala atap nipah kedai, segala batu bata dan tiang-tiang kayu yang menampung kedai. Entah datang dari mana awan gelap yang mengelilingi kedai.

Tapi Abu masih tenang. Makan seperti biasa. Caranya ibarat tidak terkesan langsung dengan cuaca yang menggila. Mengunyah dengan bersungguh ibarat lapar benar gayanya.

Salmah genggam penumbuk. Hatinya panas. Tangannya menggigil untuk menghempuk kepala Abu dengan cawan ABC didepanya.

Salmah, lelaki yang membenci timun adalah seorang lelaki yang tidak berguna. Lelaki yang membenci timun tidak patut hidup bersama dengan engkau. Mana mungkin Salmah seorang manusia yang gemar timun hidup bersama dengan seorang manusia yang memusuhi sehingga sanggup menghina timun? Tidak mungkin Salmah. Kau mampu dapat seorang lelaki yang jauh lebih baik. Tinggalkan dia Salmah.

Salmah berdiri. Membetulkan baju kurung sekolahnya.

we done bro” dan Salmah berlalu pergi bersama beg warna pink-nya. .

Abu tercengang. Dia salah dengarkan? Suapan benjo terakhirnya agak payau untuk ditelan. Agak perit untuk di menghabiskan satu lagi kunyahan di dalam mulut. Dengan air mata yang ditahan, hatinya berkecamuk. Pecah berderai debu hati dibawa oleh angin Laut China Selatan.

Ya Allah ya Tuhanku, beginikah sakitnya perasaan bila di-game? Apa makna surat cinta diletakkan bedak dan calitan minyak atar kalau ini yang kau balas Salmah? Kenapa aku terlalu noob untuk percaya dengan kata-kata wanita ya Tuhan?

Segala-galanya tinggal kenangan dan hingga tamat sekolah rendah, Abu tidak menerima jawapan atas perbuatan Salmah pada hari itu.

Dan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian Armada pun berbunyi~

*********************************

Salmah tersedar. Agak lama dia termenung mengulang sejarah lama. Dia menilik jam tangan pemberian arwah suaminya yang meninggal 3 minggu selepas mereka bernikah. Walaupun pilihan keluarga, tapi Salmah amat mencintai arwah suaminya.

Arwah suaminya yang bernama Sulaiman pernah bekerja sebagai pak guard di Mybank Hulu Selangor meninggal dunia kerana tercekik hirisan timun yang dipotong tebal oleh Salmah ketika menghidangkan nasi lemak ketika sarapan pagi.

Salmah masih lagi ingat kejadian tersebut. Bagaimana dia yang pura-pura merajuk kerana si suami hanya mengunyah sehiris timun sahaja sepanjang makan nasi lemak pagi Jumaat hari itu.  

Kerana arwah suaminya mati tercekik timun, sampailah ketika ini Salmah berumur 67 tahun, dia tidak pernah berkahwin kali kedua.

Begitulah besarnya cinta seorang wanita kalau korang nak tahu.

p/s: Bukan ke kalau kita suka kat someone, kita terima buruk baik dia? Ada ke yang paksa orang lain suka apa yang dia suka? ke takde? 

Saturday, December 26, 2020

5:32 - Mari Berazam!

hai, assalamualaikum

Dengan keadaan suram dan bau hujan, marilah kita mulakan entry kita dengan bacaan doa masuk tandas. Aku dah tiga-empat kali dah keluar masuk tandas ni. Lepas makan ikan keli goreng je terus perut meragam. Nak golek-golek atas katil pun kene pakai tuala je. Nanti perut dah start enjin terus lari masuk jamban.

Apebenda tah pendahuluan aku lol

Baiklah, entry kali ni aku nak tulis tentang azam tahun baru. Memula ingat nak tulis apa je aku buat sepanjang tahun 2020. Tapi bila aku ingat yang aku ni makan-tidur-repeat je sepanjang tahun, maka tajuk dan entry ditukar.

Maybe, maybelah engkorang bukan kawan aku, mungkin korang tak tahu yang aku takde kat Joho sekarang ni. Aku ada kat Selangor. Dah 2 bulan dah kot aku kat sini. Aku buat apa kat sini, engkorang tak payahlah tahu. Gitchewwww!

 
-incase korang lupa muka aku macam mana-

Jadi, marilah kita bercakap mengenai azam. Azam aku sama seperti tahun-tahun sebelumnya, apa? Ye, nak gemuk. Aku rasa aku dah ratib dah kot setiap tahun azam ni. Bukan aku tak usaha nak gemuk. Dah usaha dah. Tapi macam ni jelah badan aku.

Eh, kejap. Macam dasyat sangat bunyi ‘gemuk’ tu.

Okay. Tukar.

Aku nak berat badan ideal untuk tahun 2021. Yep. BMI aku tak balance. Underweight. Berat ideal aku sepatutnya 55kg tapi last aku timbang 44kg. Ni sekarang ni makan pun on-off aku rasa berat aku makin kurang kot.

“elehh, cuba bersyukur berat kau macam tu. Orang lain nak kurus pun payah kau pulak nak gemuk” - setan

Ok, listen dude.

Kita semua manusia. Normal kita tak puas hati apa yang tuhan cipta dan beri pada kita. Dalam masa yang sama jugak, tak salah pun kalau kita nak upgrade diri kita untuk jadi lebih bagus, lebih baik. Lebih sihat. Tak gitu, kan?

Cumanyaaaa, make surelah korang tak ubah atau langgar undang-undang Tuhan. Takkan korang nak operate hidung bagi mancung pulak semata-mata tak puas hati dengan hidung asli. Apa yang aku nk cakap kat sini, boleh je kita ubah diri kita jadi lebih baik asalkan…… ahh penatlah nak explain. Pepandailah korang nak hidup macam mana. Semua dah besarkan.

Aku nak tambah berat badan aku pun untuk kebaikan aku sendiri jugak. Selama aku hidup 25 tahun, tak pernah aku derma darah. Nak jugak aku rasa macam mana nak jadi hero negara walaupun sekali eceh!

Ohh ya. Sebagai penutup entry tahun 2020, aku nak pacak barang sekeping dua gambar. Aku bersyukur akhir tahun aku, aku ada kat situasi sekarang. Aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang funny. Jumpa kawan-kawan baru. Jumpa warden hensem (*sambil terbayang muka dia) dan belajar paw duit kat Wady dengan bantuan Ira. Aku ada pergi jugak interview dengan radio RTM (surely fail), haritu aku ada buat test SPA untuk Pegawai Tadbir KKM (juga tak meletakkan harapan yang tinggi). Aku rijek a few tawaran dari JB pasal aku rasa aku nak stay Selangor lama sikit.

  
- Aisyah, Iman, Ira, Saya -

 
- yang tukang snap gambar dah balik Kelantan dah - 

- terpaksa padam muka sendiri sebab buruk sangat! - 

Dan untuk tahun depan, aku ada rancangan untuk sambung belajar. Rancang dulu. Nak pegi ke tak, tu tengok masa dan keadaan tahun depan. Tak janjilah tapi.

 “Apesal tak tulis nak cukupkan solat 5 waktu, rajinkan diri mengaji, nak jaga iktilat, jaga aurat, nak buat baik pada kawan kawan, nak…” setan cakap lagi..

Bab ni malas aku nak tulis. Hal ini urusn aku dengan tuhan. Dan kalau melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan amalan ni, tak payah tunggu nak jadi azam tahun baru setiap akhir tahun. Anytime kau rasa terdetik dekat hati, terus je buat. Mungkin masa tu setan dan iblis tak lepak sekali dengan kau untuk hasut kau jangan buat kebaikan.

Lagi berapa hari nak masuk tahun baru,

Dalam keadaan dunia dilanda covid,

Ahli politik negara berebut kuasa,

Apa yang kau dah capai tahun 2020? Cukup? Puas hati? Apa pulak sumbangan kau pada keluarga?

Jujur, azam aku tahun ni tak tercapai. Dan aku start ajar diri untuk ucap syukur dengan apa yang aku ada sekarang. Walaupun hati rasa nak ada apa yang orang lain ada tapi aku berpegang kepada ‘Timing of God’. Tak dapat sekarang, mungkin esok lusa dapat. Asalkan kita tak give up dengan hidup.

 p/s: Si dia itu cuma senyum. Harusnya kau senyum kembali, bukan jatuh cinta!

 

Saturday, December 12, 2020

1312: Ha.ppY

Hai, Assalamualaikum semua orang.

Sihat tak tu? Takpe kalau tak sihat. Normal. Nama pun manusia. Yang tak normal bila kau tak sakit. Firaun je Tuhan bagi kelonggaran tak sakit masa hidup atas bumi.

I know its been a VERY LOOoOoOOoOoNG time since my last entry. Unfortunately, wabak Covid-19 masih lagi melanda negara, takda tanda-tanda nak beransur pulih dan kita dah semakin terbiasa dah dengan virus ni. Engkorang yang baca ni baik-baiklah hidup kat rumah tu. jangan sebab member keluar tak kene, kau pun ikut keluar. Lepastu balik rumah tak terus mandi, terus baring atas katil, nahhh terus bawak tidur penyakit yang entah datang dari mana tu. Engkorang ni bukan boleh percaya sangat.

Habis mukadimah dan salam pengenalan guna ayat surat khabar.

By the way, apa yang aku nak tulis bukan pasal covid ke, pasal kerajaan yang dah tunggang terbalik ke atau pasal kenapa kita kene mandi lepas keluar rumah. Bukan ye anak-anak.

Aku nak cakap pasal happiness.

Happiness ni asal dari root word 'happy'. Happy tu apa pulak?

Happy is feeling of joy, pleasure, or good fortune- exactly how you’d feel if you learned that you won the lottery or got accepted into your number one choice of college. On its own, happy means an enjoyable or satisfied state of being.

Dah, tak payah google. Aku dah copy pasta untuk korang siap-siap.

Setiap manusia ni, dia ada cara tersendiri untuk dia happykan diri sendiri atau dia nak happykan orang lain. Ada yang happy dengan bercinta. Ada yang happy dengan duit. Ada yang happy dengan makanan. Ada yang happy dengan something expensive, sex dan macam-macam lagi. Tapi… tapi, adakah dengan dapat kesemua tu bermaksud kita dah cukup happy? Happy tu tahan berapa lama? Berapa hari?

The definition of happiness is different for each person. Aku personally, happy dengan benda-benda kecik macam member tanya khabar aku (Syira contohnya). Aku happy bila BellaLoffa wasap dan cerita masalah dia kat aku. Aku happy dengan small circle aku.

Juga, ada yang happy dengan pakwe/makwe. Its depend on someone. Tak semestinya yang single sentiasa sedih dan sendu serupa sarapan siang dengan minyak tanah, macam tuduhan dalam gambar kat bawah ni.

 

Sebenarnya aku tergerak hati nak rant pasal ni sebab ada member yang mengadu dia happy dengan apa yang dia ada. Tapi baru-baru ni dia jadi tak best bila orang keliling dia anggap (rasa) dia tak happy dan suruh dia buat something. Padahal life dia dah ok dah tapi dia kene buat (ikut telunjuk) untuk tunjuk kat orang lain, yang dia happy.

Ehh engkorang faham ke tak apa yang aku tulis ni??

Dia happy dengan usaha dan kerja keras dia selama ni membuahkan hasil. Dia berniaga kat shopee dan income dia jejak 4 angka. Hebat kan? padahal umur dia baya aku je. Tapi dia dah ada saving dan boleh share apa yang dia ada dengan anak buah dia. Lepastu dia dah ada steady relationship yang dah kekal 5 tahun. Dia dengan pakwe dia dah kumpul duit sama-sama untuk kahwin. Tinggal nak lepaskan adik dia yang sekolah form 5 tu je. Esok lusa, booom kahwin!

Tapi guys, janganlah sesekali compare hidup kau dengan kehidupan orang lain. Salah tu. Jangan sebab dia kene support kehidupan keluarga dia, kau rasa dia tak happy. Jangan sebab dia tak pakai barang kemas, kau anggap dia kene control dengan family. Jangan compare.

If you r twenty-five dan berniaga, tahniah. If you r twenty-five and still study, tahniah. If you r twenty-five and dah pun berkahwin dan berkeluarga, juga tahniah. Even you guys twenty-five and tolong mak ayah still aku nak ucap tahniah. Everyone has their own path, their own qada qadar. Kau boleh ubah kalau kau usaha. Usaha tak menipu manusia.

Wah macam tengah baca buku tulisan dr. Fazilah Kamsah kan?

Jujur, aku pun lupa bila last aku sungguh-sungguh happy. Yang bila aku boleh gelak tak ingat dunia. Last aku happy 3 4 jam bila aku baca tweet yang cakap big bang nak comeback. Honestly, even umur aku dah nak masuk 26, aku masih lagi tak tahu apa yang aku nak. Apa yang betul-betul boleh buat aku happy.

 
                                          uWu

Sekarang ni….waktu aku tulis entry ni, aku cuma rasa tak sabar nak balik Joho. Aku happy bila makanan sampai depan pintu, dan line umobile kat Hulu Selangor ni laju. That all. Aku rasa kalau rumah ni ada kucing, mungkinlah aku tak rasa nak balik sangat LOL.

 

I just want a decent life. Bukanlah aku cakap sekarang life aku tak decent ke apa tapi aku takde apa-apa yang aku boleh banggakan sekarang. Semuanya sekadar ada apanya sahaja. Aku happy. Cuma happy takat tu jelah.

Dan disebabkan aku susah nak happy, aku naik angin kalau orang lain ambik rasa happy orang lain. contohnya bila orang tu dah molek rasa happy dengan life dia, kau cakap dia alone sebab tak keluar dating sabtu ahad. Ada orang tak rasa pun kenderaan itu satu keperluan, tapi kau boleh pulak bawak mulut tanya kenapa umur dah 25 tapi takde kereta park depan rumah. Duh, bengang aku.

Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2021. Cukup-cukuplah tanya kenapa itu ini kat manusia lain. dengar apa yang aku nak cakap ni;

Everyone deserve to be happy in their own way

Who the fvck are you to judge them, again?

Ok. Tak semualah perlu happy. Kecuali rapist, racist, pedo and pervert. Golongan yang ni layak dihantui oleh vid fancam kpop sepanjang main twitter. Chao!

p/s: harini hari jadi Taylor Swift. Bow to the Queen!!!!