Saturday, December 12, 2020

1312: Ha.ppY

Hai, Assalamualaikum semua orang.

Sihat tak tu? Takpe kalau tak sihat. Normal. Nama pun manusia. Yang tak normal bila kau tak sakit. Firaun je Tuhan bagi kelonggaran tak sakit masa hidup atas bumi.

I know its been a VERY LOOoOoOOoOoNG time since my last entry. Unfortunately, wabak Covid-19 masih lagi melanda negara, takda tanda-tanda nak beransur pulih dan kita dah semakin terbiasa dah dengan virus ni. Engkorang yang baca ni baik-baiklah hidup kat rumah tu. jangan sebab member keluar tak kene, kau pun ikut keluar. Lepastu balik rumah tak terus mandi, terus baring atas katil, nahhh terus bawak tidur penyakit yang entah datang dari mana tu. Engkorang ni bukan boleh percaya sangat.

Habis mukadimah dan salam pengenalan guna ayat surat khabar.

By the way, apa yang aku nak tulis bukan pasal covid ke, pasal kerajaan yang dah tunggang terbalik ke atau pasal kenapa kita kene mandi lepas keluar rumah. Bukan ye anak-anak.

Aku nak cakap pasal happiness.

Happiness ni asal dari root word 'happy'. Happy tu apa pulak?

Happy is feeling of joy, pleasure, or good fortune- exactly how you’d feel if you learned that you won the lottery or got accepted into your number one choice of college. On its own, happy means an enjoyable or satisfied state of being.

Dah, tak payah google. Aku dah copy pasta untuk korang siap-siap.

Setiap manusia ni, dia ada cara tersendiri untuk dia happykan diri sendiri atau dia nak happykan orang lain. Ada yang happy dengan bercinta. Ada yang happy dengan duit. Ada yang happy dengan makanan. Ada yang happy dengan something expensive, sex dan macam-macam lagi. Tapi… tapi, adakah dengan dapat kesemua tu bermaksud kita dah cukup happy? Happy tu tahan berapa lama? Berapa hari?

The definition of happiness is different for each person. Aku personally, happy dengan benda-benda kecik macam member tanya khabar aku (Syira contohnya). Aku happy bila BellaLoffa wasap dan cerita masalah dia kat aku. Aku happy dengan small circle aku.

Juga, ada yang happy dengan pakwe/makwe. Its depend on someone. Tak semestinya yang single sentiasa sedih dan sendu serupa sarapan siang dengan minyak tanah, macam tuduhan dalam gambar kat bawah ni.

 

Sebenarnya aku tergerak hati nak rant pasal ni sebab ada member yang mengadu dia happy dengan apa yang dia ada. Tapi baru-baru ni dia jadi tak best bila orang keliling dia anggap (rasa) dia tak happy dan suruh dia buat something. Padahal life dia dah ok dah tapi dia kene buat (ikut telunjuk) untuk tunjuk kat orang lain, yang dia happy.

Ehh engkorang faham ke tak apa yang aku tulis ni??

Dia happy dengan usaha dan kerja keras dia selama ni membuahkan hasil. Dia berniaga kat shopee dan income dia jejak 4 angka. Hebat kan? padahal umur dia baya aku je. Tapi dia dah ada saving dan boleh share apa yang dia ada dengan anak buah dia. Lepastu dia dah ada steady relationship yang dah kekal 5 tahun. Dia dengan pakwe dia dah kumpul duit sama-sama untuk kahwin. Tinggal nak lepaskan adik dia yang sekolah form 5 tu je. Esok lusa, booom kahwin!

Tapi guys, janganlah sesekali compare hidup kau dengan kehidupan orang lain. Salah tu. Jangan sebab dia kene support kehidupan keluarga dia, kau rasa dia tak happy. Jangan sebab dia tak pakai barang kemas, kau anggap dia kene control dengan family. Jangan compare.

If you r twenty-five dan berniaga, tahniah. If you r twenty-five and still study, tahniah. If you r twenty-five and dah pun berkahwin dan berkeluarga, juga tahniah. Even you guys twenty-five and tolong mak ayah still aku nak ucap tahniah. Everyone has their own path, their own qada qadar. Kau boleh ubah kalau kau usaha. Usaha tak menipu manusia.

Wah macam tengah baca buku tulisan dr. Fazilah Kamsah kan?

Jujur, aku pun lupa bila last aku sungguh-sungguh happy. Yang bila aku boleh gelak tak ingat dunia. Last aku happy 3 4 jam bila aku baca tweet yang cakap big bang nak comeback. Honestly, even umur aku dah nak masuk 26, aku masih lagi tak tahu apa yang aku nak. Apa yang betul-betul boleh buat aku happy.

 
                                          uWu

Sekarang ni….waktu aku tulis entry ni, aku cuma rasa tak sabar nak balik Joho. Aku happy bila makanan sampai depan pintu, dan line umobile kat Hulu Selangor ni laju. That all. Aku rasa kalau rumah ni ada kucing, mungkinlah aku tak rasa nak balik sangat LOL.

 

I just want a decent life. Bukanlah aku cakap sekarang life aku tak decent ke apa tapi aku takde apa-apa yang aku boleh banggakan sekarang. Semuanya sekadar ada apanya sahaja. Aku happy. Cuma happy takat tu jelah.

Dan disebabkan aku susah nak happy, aku naik angin kalau orang lain ambik rasa happy orang lain. contohnya bila orang tu dah molek rasa happy dengan life dia, kau cakap dia alone sebab tak keluar dating sabtu ahad. Ada orang tak rasa pun kenderaan itu satu keperluan, tapi kau boleh pulak bawak mulut tanya kenapa umur dah 25 tapi takde kereta park depan rumah. Duh, bengang aku.

Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2021. Cukup-cukuplah tanya kenapa itu ini kat manusia lain. dengar apa yang aku nak cakap ni;

Everyone deserve to be happy in their own way

Who the fvck are you to judge them, again?

Ok. Tak semualah perlu happy. Kecuali rapist, racist, pedo and pervert. Golongan yang ni layak dihantui oleh vid fancam kpop sepanjang main twitter. Chao!

p/s: harini hari jadi Taylor Swift. Bow to the Queen!!!!

No comments:

Post a Comment