Salmah membelek-belek gambar masa dia bersekolah rendah. Gambar kenangan. Walaupun ada beberapa keping gambar yang sudah rosak, dia masih lagi simpan. Sayang nak dibuang katanya.
Sedang dia membelek gambar, dia terkenang semula cinta
pertamanya. Dia sendiri tidak tahu sama ada itu adalah cinta pertama atau
sekadar perasaan tidak matang seorang kanak-kanak di bangku sekolah rendah. Dia
mula melihat awan, dan terbanyang semula cerita dulu~
******************************************
Salmah terpandang seorang lelaki kelas sebelah sedang
menikmati mee hoon di kantin yang penuh sesak dengan murid yang lain. Abu
namanya. Seorang lelaki yang sedikit cubby, berkulit sawo matang dan berkaca
mata sedang makan bersama kawan-kawanya. Ohh, makan dan ketawa.
Salmah perempuan biasa. Salah. Belum lagi perempuan. Masih
lagi seorang kanak-kanak. Kanak –kanak yang comel dan petah berbicara. Agak
berani dan kurang sifat malu.
Salmah mula cover ayu bila melintasi depan Abu dan
kawan-kawanya. Typical perempuan I guess? Jalan kepit konfiden dan senyum
sepanjang jalan nak beli makanan. Posture
bandan ditegakkan agar kelihatan tinggi. Salmah melipat sedikit tudung tepi
pipi agar kelihatan lesung pipitnya.
Sekilas jalan, Salmah terpandang Abu yang juga melihat ke
arahnya. Tidak berkelip mata Abu. Ahh,
dia terpesona dengan lesung pipit aku barangkali. Begitulah kata Salmah
dalam hati.
Solid
jugak badan makwe ni walaupun baru darjah 3 erm..
Long story short,
Sejak pandang pertama di kantin tempoh hari, Abu bagaikan
gila bayang. Tapi malu dia bukan kepalang. Abu lagi malu kalau nak compare dengan malunya si Zainab ketika
pertama sekali masuk sekolah darjah satu dan terkencing didalam kelas dan
dipandang oleh murid yang lain.
Tapi tidak untuk Salmah. Kan Salmah seorang yang berani? Atas
dorongan kawan-kawanya, dia memulakan langkah untuk menulis surat kepada Abu
ajak bertemu. Surat tersebut dilipat berbentuk hati dan dibubuh bedak agar
berbau wangi. Juga dicalitkan minyak atar agar lembut hati Abu untuk menerima
pelawaan dia.
Abu pula gembira bukan kepalang. Ibarat orang mengantuk
disorongkan bantal kata cikgunya yang merujuk kepada impian yang datang
tiba-tiba. Dia sendiri nak usha tapi pemalu. Dahlah pemalu, penakut pun boleh
tahan juga tu. Tapi bila dah Salmah sendiri yang memulakan langkah, tak mungkin
dia akan menolak.
Maka, melalui seorang kawan, disampaikan kepada Salmah
tentang persetujuan Abu untuk berjumpa buat kali pertama.
Mereka janji untuk berjumpa di warung ABC milik Haji
Berahim bersebelahan warung Cendol Pak Abas. Tapi takkan pula nak makan ABC je
kan sepanjang dating?
Salmah pun orderlah sebungkus banjo dengan extra timun.
“Abang letak banyak-banyak tau bang timun tu?” sebelum berlalu, Salmah
berpesan lagi
“Awak cantik” Abu dah mula jual minyak. Tanganya memintal
tali beg yang terjurai.
“Awak pun hensem. Tapi pendek sikitlah. Tapi sokey, saya
tak kisah. lelaki kan lambat membesar. Nanti mesti lama sikit awak tinggi.
Takpe. Saya tunggu.” Begitulah fitrahnya perempuan, satu soalan, jawapanya boleh jadi 2 3 muka surat.
“Nah, RM2.00. Abang dah siap-siap belah dah beger ni. Kongsikan?”
Abang Am tanya.
“Ye bang, kami kongsi” jawab Abu malu-malu.
Abang Am pun berlalu. Tinggal mereka berdua semula.
“Jemput makan” jemput Samah dengan ayu dan bersuara agak
manja dan lunak. Salmah melipat lengan baju.
Abu mengangguk dan membaca doa sebelum diaminkan oleh
Salmah. Mereka mula makan.
Tapi, tidak selesai suapan pertama Salmah, seleranya
terganggu. Dia bengang sendiri bilamana Abu buang segala timun yang ada sekali
dalam banjo.
Shittt!
Apehal siak jantan ni? koajo duhh
“Awak tak makan timun ke?” Salmah mula hilang ayu. Suara
ditegaskan. Muka dimasamkan. Mata dibesarkan. Mulut diherotkan. Diletakan banjo
yang dipegang ke dalam piring semula dan menunggu penjelasan Abu.
“Tak. Saya tak suka. Tak sedap. Rasa dia macam lipas.
Yek” dengan mulut penuh Abu makan tanpa perasan yang Salmah disebelahnya mula
berang dan meradang.
Dengan tidak semena-mena, kilat sabung menyabung, angin
datang tidak tentu arah. Habis terbang segala atap nipah kedai, segala batu
bata dan tiang-tiang kayu yang menampung kedai. Entah datang dari mana awan
gelap yang mengelilingi kedai.
Tapi Abu masih tenang. Makan seperti biasa. Caranya
ibarat tidak terkesan langsung dengan cuaca yang menggila. Mengunyah dengan
bersungguh ibarat lapar benar gayanya.
Salmah genggam penumbuk. Hatinya panas. Tangannya
menggigil untuk menghempuk kepala Abu dengan cawan ABC didepanya.
Salmah,
lelaki yang membenci timun adalah seorang lelaki yang tidak berguna. Lelaki
yang membenci timun tidak patut hidup bersama dengan engkau. Mana mungkin
Salmah seorang manusia yang gemar timun hidup bersama dengan seorang manusia
yang memusuhi sehingga sanggup menghina timun? Tidak mungkin Salmah. Kau mampu
dapat seorang lelaki yang jauh lebih baik. Tinggalkan dia Salmah.
Salmah berdiri. Membetulkan baju kurung sekolahnya.
“we done bro”
dan Salmah berlalu pergi bersama beg warna pink-nya. .
Abu tercengang. Dia salah dengarkan? Suapan benjo
terakhirnya agak payau untuk ditelan. Agak perit untuk di menghabiskan satu
lagi kunyahan di dalam mulut. Dengan air mata yang ditahan, hatinya berkecamuk.
Pecah berderai debu hati dibawa oleh angin Laut China Selatan.
Ya Allah ya Tuhanku, beginikah sakitnya perasaan bila di-game?
Apa makna surat cinta diletakkan bedak dan calitan minyak atar kalau ini yang
kau balas Salmah? Kenapa aku terlalu noob untuk percaya dengan kata-kata wanita
ya Tuhan?
Segala-galanya tinggal kenangan dan hingga tamat sekolah
rendah, Abu tidak menerima jawapan atas perbuatan Salmah pada hari itu.
Dan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian Armada pun berbunyi~
*********************************
Salmah tersedar. Agak lama dia termenung mengulang
sejarah lama. Dia menilik jam tangan pemberian arwah suaminya yang meninggal 3
minggu selepas mereka bernikah. Walaupun pilihan keluarga, tapi Salmah amat
mencintai arwah suaminya.
Arwah suaminya yang bernama Sulaiman pernah bekerja
sebagai pak guard di Mybank Hulu Selangor meninggal dunia kerana tercekik
hirisan timun yang dipotong tebal oleh Salmah ketika menghidangkan nasi lemak
ketika sarapan pagi.
Salmah masih lagi ingat kejadian tersebut. Bagaimana dia
yang pura-pura merajuk kerana si suami hanya mengunyah sehiris timun sahaja sepanjang
makan nasi lemak pagi Jumaat hari itu.
Kerana arwah suaminya mati tercekik timun, sampailah
ketika ini Salmah berumur 67 tahun, dia tidak pernah berkahwin kali kedua.
Begitulah besarnya cinta seorang wanita kalau korang nak
tahu.
p/s: Bukan ke kalau kita suka kat someone, kita terima buruk baik dia? Ada ke yang paksa orang lain suka apa yang dia suka? ke takde?
No comments:
Post a Comment