Thursday, December 29, 2022

12.13 midnight

Hai, assalamualaikum semua.

Jam laptop aku pukul 11.43 malam, 29/12/22. Tak dan lagi berapa hari nak masuk tahun baru. Jadi, mari kita bercakap, mengenang, mengimbau segala suka-duka nikmat sepanjang tahun ni.

Tahun ni aku habis 2 sem kat KPMBP. Aku ingat lagi aku mohon masuk sini masa tengah break kerja kilang dulu.

Habis je setel semua mesin aku belajar, aku terus rasa macam dah malas nak datang kerja. Hilang passion, datang kilang bosan. Kerja banyak main, bergaduh dengan Indon dan semuanya.

Bosan aku hadap benda sama tiap hari, aku mohon masuk sini. Alang-alang aku nampak MARA promote kat twitter.

Masuk sem 1. Kenal manusia baru. Rasa suasana baru. Takde apa pun yang best. Manusia masih sama. Takde apa sangat pun aku nak cerita.

Sem 1 setel. Result exam takdelah gempak sangat. Tapi bila kau duduk dalam circle yang pandai, kau auto rasa kau useless in some part of berkawan ni.

Part ni kadang buat aku menyesal banyak kali jugak. Aku pun terfikir setan mana yang hasut aku sambung belajar. Mana datang semangat hutan yang tiup confident ambik accounting. Tiap kali bukak buku, tiap kali tu jugak menyesal apasal aku sambung belajar.

Tapi tu kejap je. Lepas keluar kelas, lepas makan, lepas ‘cuci mata’ tengok abang, hilang dah menyesal tu. Esok dia sambung balik.

Masuk sem 2, aku sambung balik rasa menyesal sambung belajar tu bila aku belajar mandarin. Entah manusia manalah yang cakap nak dapat kerja kat Malaysia ni kene pandai cakap cina. Aku cakap Melayu pun terabur lagi cakap bahasa asing.

Result sem 2 pun ok-ok saja. Nak kata pandai, tak jugak. Tapi nak kata bodoh pun tak jugak. Dia ni tengok jugak subjek mana aku hadap. Kadang dalam kelas nampak macam paham, balik bilik nak study rasa takde apa pun aku simpan dalam otak.

Naik sem 3. Nilah. Sekarang ni. Masih lagi kelas yang samaaaa..

Wait…

Jap…

Oh ya, baidewayyyyy…

Sorang classmate aku berhenti belajar. Yang asalnya kami satu kelas 15 orang, tinggal 14 semua sekali. Tak tahu pasal apa, tapi kalau sesuatu keadaan tu buat kau rasa sakit, you better get away from it. Daripada kau tahan dan pendam sendiri pastu makan diri kau balik baik kau berhenti. 

Hope she will be fine.

Balik semula sem ni punya cerita. Naik sem 3 ni, semua students aras block asrama aku kene pindah sebab contractor tengah kopak tandas. Dah kami semua kene pindah pergi bilik lain. Nasib baik jugaklah selesa. Tapi best lagi bilik lama.

Lepastu hanphone aku terbelah dua. banyak kali jatuh, banyak kali survive pasang surut kehiduapn aku belajar kat sini, cukup 6 tahun berbakti untuk aku maka minggu lepas dia dah meninggal. Nasib baik abang aku ada spare satu phone. Aku mintak dia. Risau jugak aku sebab aku nak kene meniaga sem ni. 

Apa lagi nak cerita? Takde dah kot. Sem 3 ni baru nak masuk minggu ke 5. Minggu depan ada test accounting dengan costing. Nak belajar tapi tak tahu nak belajar apa. Macam biasalah.

Aku ada rasa nak keluar dari PGC tapi tu nantilah aku cerita, tapi nak cerita pun takde apa nak cerita. Mungkin sebab tak berapa nak kene dekat hati kot. Biasalah, dah tua. Rasa tak blend nak lepak dengan budak-budak. Aku rasa aku paling ngam pun memang dengan classmate aku jelah. 

Sem ni, antara banyak-banyak subjek aku belajar, subjek ETR yang buat aku terfikir masa depan.

‘hidup bermula dengan angan-angan’

Its better to have a bad plan than no plan at all. Perancangan boleh diperbaiki sepanjang perjalanan kau nak capai sesuatu selagi kehidupan kau tak habis lagi.

Mulakan dengan sekadar ‘mencuba’ lepastu kau belajar dari segala kegagalan kau sepanjang try and error tadi.

Aku tak minat meniaga. Tapi untuk subjek ni, aku kene jugak berniaga. Aku pujuk jugaklah untuk cuba kot esok lusa aku terminat pulak nak bukak bisnes. Pastu maju. Pastu aku bukak kilang. Pastu aku dapat untung lebih. Pastu aku dapat contract dengan kerajaan. Pastu aku untung lagi juta-juta. Pastu aku kahwin dengan anak dato.... pastu… pastu…. pastuuu...

p/s: Tahun ni punya azam dah capai belum? Aku punya azam nak capai berat badan 48kg tapi masih tak mampu. Macam biasa, kita bawak azam tahun ni pergi tahun depan.

 


 

Thursday, December 8, 2022

3.29: New Sem and Old Me

Hi assalamualaikum, Ni Hao…

*Punya bersawang blog aku ni hah.

Omaru Henchem

Pejam celik pejam celik eh, dah sem 3 dah aku. Lagi 21 hari nak habis 2022.

Last entry aku pasal aku mengamuk.

Lepastu aku exam final sem 2. Janganlah tanya result aku. Bukan boleh dibanggakan pun.

Lepastuuuu, cuti semesta. Dan-dan cuti tu, Malaysia buat pilihan raya ke-15. Dan aku sebagai penyokong Anwar Ibrahim dan menjadi pembangkang sepanjang hidup ni pun pangkahlah Pakatan Harapan which is Anwar punya parti.

Dan Pakatan Harapan bersama dengan parti gabungan MENANG MAJORITI.

Nah, current government, lead by PMX Anwar Ibrahim. 

Aku happy. Mak aku, abang aku, kak Ipar aku makan hari jugaklah nak move on. Masing-masing undi geng Abah (yuksss!)

Ingatkan dah menang terus settle, tapi tak. Sampai sekarang kalau scroll twitter, bersepah lagi geng-geng pembangkang yang tak move on.

Disebabkan aku jenis enjoy ‘tea’ layan jugak kadang-kadang. Saja buat tambah-tambah ilmu politik.

Habis pasal politik.

Naik sem 3 ni masih lagi dengan perasaan yang sama.

Mula-mula masuk janji nak fokus belajar. Janji taknak main-main. Janji taknak buat keje last minutes. Tapi tuhan dan seisi alam tahu je tu cuma sekadar menanam tebu di tepi bibir dan janji bakal dicapati.

muka semasa. semalam punya gambar

Oh ya, aku masih lagi usaha untuk suka Mandarin. Dalam banyak-banyak subjek, Mandarin ni lah subjek paling aku usaha untuk suka. Kita tengok lagi sebulan dua macam mana kot tukar laoushi boleh ubah angin ke apa. Mana tahu.

Apa lagi nak cerita?

Oh ya, kawan kelas aku masih sama. Alhamdulillah takde sapa berhenti. Harap kekal semua sampai sem 6.

Sama jugak macam circle aku. Semua dapat dekan. Kecuali aku.

Sembang pasal sem ni en;

Ermm… malas ah cite.

Ermm, apa lagi nak cakap. Macam takde je. Ok tu jelah.

Bye!

p/s: Bandar Penawar hujan. Takde pakwe nak bagitau, so aku bagitau korang jelah.

 

Tuesday, September 20, 2022

9.62: YOUR GAME?

Hi, assalamualaikum.

Aku punya malas menulis, dari habis sem 1, sampai dah separuh sem 2; baru bukak entry  sekarang hshshhshs. Ni pun sebab aku nak melepaskan marah. Aku punya baran dan dendam kesumat tak habis lagi padahal benda dah jadi dari minggu lepas.

Ni taip pun hentak-hentak ni. Sikit lagi nak blender laptop aku. Nasib baik kawan-kawan aku semua ahli JUSWAR. 

Ok, dia start macam ni tau…..


                               ……………………………………..


Apa perasaan korang, bila korang dalam mood pertandingan, mode competition tengah mencanak naik, kau punya darah ni sama dengan darah Mat Kilau nak pergi bertempur dengan British, pastu kau kene cheat/ scam/ tipu dalam game tu?

“eleh, game je pun. Rileks ah” 

mungkin korang cakap macam ni. Tapi tak pada aku yer anak-anak.

Ni apa yang jadi dengan aku, dengan group aku.

Minggu lepas sebelum cuti, one of the club kat kolej aku ada buat explorace.

Bila kau dengar explorace, apa yang ada dalam kepala kau?

Yep, game yang kejar-kejar, berlari sana-sini, cari checkpoint, main game sebab nak markah in each chekpoint, pastu sambung balik sampai habis game tu.

Itu yang aku buat SEPANJANG game tu berlangsung.

And surprisingly, group aku MENANG! Daripada 10 group yang bertanding, group aku, MENANG! 

Mana datang pulak confident aku menang tadi?

Sini aku senaraikan;

1.    Group aku dapat kumpul mata kat setiap 5 checkpoint

2.    *Group aku cukup kumpul gambar (markah tambahan) yang kene collect in each checkpoint.

3.    Group aku datang berkumpul no 2 daripada 10 group group lain. Habis jam 11, kami sampai jam 10.30 am.

4.    Masa tengah kumpul-kumpul, aku rasa group lain semua tak cukup *no 2 sebab ada group lain yang dah jumpa gambar tu tadi, diorang buang/ hapuskan, so group lain tak dapat kumpul gambar tulah.

See?

Aku dengan group aku semua memang dah yakin seyakin-yakinya yang kitaorang memang akan menang.

TAPIIIIIIIIII

Masa kitaorang berkumpul, kau tahu last minit diorang ubah/ tambah rules game macam mana?

Diorang bagi markah tambahan UNTUK GROUP YANG TAK CUKUP MATA TAMBAHAN KAT SETIAP CHECKPOINT TU TADI.

Like WTF sis?????

Kitaorang dah cukup semua markah nak mata tambahan untuk apa babi????

Kau buat macam tu sebab kau dengar banyak group lain complaint yang diorang tak dapat markah extra sebab gambar tu dah kene koyak/rosak dengan group lain so kau nak acah-acah ‘comeback’ dengan rules yang kononya adil, yang kau baru bincang; padahal game dah habis dah pun...

Fuhh, senafas aku tulis…

Kau tahu diorang offer macam mana untuk ‘bagi’ extra marks tu?

Willing to kene simbah dengan air plus tepung.

HELL NO!!!!

Kau ingat ni zaman pak kaduk ke nak kene simbah, nak kene baling tepung bagai???

Berbalik pada jam diorang offer untuk kene siram tu, semua group keluar kecuali group aku. Sebab kitaorang tahu, buat apa nak kene tambah markah lagi sedangkan pada asalnya rules game explorace tu, memang markah ditentukan dengan cukup checkpoint dengan ketepatan masa? Kan????

Bangsat pertama yang aku letak kat sini ialah; HIDDEN RULES

Atau, rules baru kau buat masa game dah habis… for fuck sake???

Kau tak fikir ke pro-con masa kau create game tu dengan team member kau? u ni bodo ke bodoe??

Bangsat kedua?

Bangsat kedua, aku tanya apasal group aku no 3.

Kau tahu dia cakap apa???

Dia ingat aku ni makwe dia ke apa dia nak reply gitu??

Bangsat ketiga, dia boleh cakap,

“bersyukur group awak dapat no 3. Group lain penat je lari sana sini tak dapat apa”

Ok bab ni aku baran. Bab ni yang buat aku nak rant kat belog aku.

Wei setan kau dengar sini,

Kau tahu sebab apa sesuatu bangsa tu kene tindas? Sebab ayat macam yang kau cakap ni.

BERSYUKUR.

Stop babi guna ayat ni pada orang yang kene aniaya. Ni nasib baik kau guna pada aku. Kalau kau guna pada hal-hal sensitive, dah malu kolej yang kau study sekarang.

Benda kau boleh prevent, prevent. benda kau boleh upgrade, upgrade. tapi tak….. nak jugak bersyukur. Tak kene tempat.

“bersyukur Kelantan air keruh. Ada jugak air”

“bersyukur kene rogol, nasib tak kene bunuh”

“bersyukur Najib songlap duit je. Kalua dia gadai Malaysia kat China, kan lagi teruk”

Stop babi. JIJIK. GELI.

Tu satu hal, satu hal lagi,

“group awak dapat jugak no 3, group lain berlari sana-sini. Tak dapat apa pun?”

Ehh bengong, group lain tak dapat apa sebab memang diorang dah kalah. Group aku memang kene scam dengan kau. Kau pun buat hadiah sampai no 3 je kan? Dah tu???

Bangsat keempat, the president of the club punya whatapps status:

Ehh anjirrr, sepanjang-panjang aku chat, haram satu perkataan “pilih kasih” pun takde tau setan. Kau punya lidahhhhhh, belit serupa Najib jugakkan? Ohhh, mentang-mentang kau punya kelab tu ada relate dengan sejarah, ha habis semua borong kebodohan pak Menteri Bossku yer..

Nah, ni lagi satu punya chat.

Ni mana dia play victim and stop gaslighting. And continue with your apologize sebab ni memang salah kau.

"Hadiah explorace dapat duit. Mungkin kau bengang sebab kau hamak nak duit"

First of all, fucking YES!

Penat kau tau berlari keliling kolej nak duit. DUIT KOT!

Second of all, kalau bukan duit pun, kau tak patut buat macam ni. Sangat unfair. Sangattttttlah unfair. Even ada group yang aku rasa no 2 pun tak menang, group aku dapat no 3 banding dengan group lain yang banyak markah kene cut, tapi menang semata-mata kene siram dengan air.

Tu termaktub dalam rules explorace ke yall? Kau create masa dah habis game pulak tu….*muka kerut

Kau boleh anggap kau betul sebab kau yang buat game ni. Tapi kalau kau ingat kita duduk zaman batu, yang semua students bila tak puas hati diam-diam, bila kau salah.  Aku memang canang hal kau kat semua orang.

Biar kau tahu dunia ni bukan berpaksi pada hidup kau sorang, bukan berpandu pada undang-undang yang kau nak sorang, bukan berlegar-legar dalam attitude kau sorang.

Im not insulting them, im describing them,

Im not speaking negatively of them, im just explaining what happened,

And im not ruining their reputation, they did that with their action.

p/s: nah, full conversation aku untuk korang baca. Chau!






Thursday, June 30, 2022

The Day: The End of Sem 1

Hi assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik, know-know, ehh dah habis sem 1 dah. Entah apa yang aku belajar pun aku tak tahu. Tahu-tahu masuk dewan bawak kalkulator dengan slip exam. lepas 3 jam, keluar dewan, blank. 

Masuk bulan 3 tahun ni, habis bulan 6. Apa je aku belajar? 

Tak tahu. Hilang terus segala benda aku hafal, segala benda aku faham. 

Jangan tanya accounting. Paper accounting aku dah prepared awal-awal kot aku kene repeat sem depan. 

Punya beria study accounting, belajar macam nak dekan, tapi menjawab dalam dewan serupa nak repeat. Study sampai lewat malam sampai demam bhai. Ni pun baru lepas main badminton buat keluar peluh barang setitik dua. Lepu otak. 

Dahlah. Benda dah settle. Aku tawakal jelah. Ada rezeki lulus, lulus. Takde, repeat. Aku pernah je dulu repeat e-commers. Dah rasa dah sakit dia. Ni takkan tak boleh hadap lagi kan?

Ceh, sembang. Aku nangis kot kalau repeat. Sapa je nak hadap sakit yang sama 2 kali?

4 bulan duduk sini rasa apa je?

Ingat nak rant lepas maghrib tadi. Tapi dah kalau kat tangan kau phone, scroll pulak tiktok, nahhh, tahu-tahu je dah pukul berapa dah. Hilang dah apa yang aku nak tulis. Ni pun aku pause sekejap dari nak mengemas bilik. Barang-barang nak packing bawak balik nanti tinggal serpihan je ni. Esok jelah aku sambung pack. 

Sambung balik soalan tadi

Apa je aku belajar 1 sem ni? Takde nak deep sangat pun. 

Selain dari 5 subjek yang aku belajar masa kat kelas, A LOT of things aku hadap?  belajar kat sini mostly pasal kawan-kawan. Yelah. kita ni duduk dalam komuniti kan. Takkan nak hadap dinding je.

Tapi tulah, bila dah berkawan ni kau kene hadap macam-macam mulut. Sebab mulut ni jugak aku rasa aku tak boleh go dengan orang. Then, what the best choice? Leave. Simple Dimple.  

Bila aku blah, orang tanya,

"ohh dah tak kawan ke dengan dia?" 

Funny. Im a bad bitch from their view.  

Aku cakap belakang kot? Remember? hshshshshhshhshahahah! 

Deep down from my bottom of my heart, you better tak payah say sorry to me that day. Its gonna be annoying sebab nak kene bercakap balik macam dulu. 

So, again, apa je aku belajar sem 1 ni? 

Normalize to distance yourself once you feel unwanted. TOTALLY!

Last but not least, lets start fresh. untuk Sem depan. Aku masih ingat pesan Wawa...

"Sampai bila kau nak bawak perangai sombong kau?" Yep. Lets try change it. 

p/s: Cuti panjang-panjang planya nak berjalan. Tak tahu jadi ke tak







Wednesday, June 1, 2022

Red Velvet in June

"June, kau ada tiktok an?”

“Ada. Kenapa?”

“Kau tahu trend pasal belah-belah, rupanya benda tu kek?” aku tarik kerusi duduk sebelah June

“Ohh, yang kek tu macam haiwan tapi bila kene belah rupanya kek tu kan?” June pandang aku sambil angkat kening.

Aku pandang pisau tebal yang June pegang buat belah labu. Dari minggu lepas dia cakap nak masak lemak labu. Harini baru nak buat.

“Macam mana rupa-rupanya, kau pun kek, June?” aku pandang June.

June gelak. “tu, ambik pisau potong daging tu, tikam aku” June geleng kepala sambil senyum

Aku capai pisau potong labu dari tangan June, pusing bahu dia menghadap aku dan tikam tepat dada kiri dia.

“Aufa kau buat apa ni?” muka June terkejut tahan sakit. Tangan kanan dia genggam tangan aku, yang masih pegang pisau dalam dada dia.

Darah merah pekat meleleh laju. Menitik sampai ke lantai. Mata kami bertatapan. Muka June pucat. Aku senyum.

“Aku dah agak dah kau red velvet. Qush pun suka red velvet. Bagi sikit isi badan kau. Aku nak keluar date dengan dia malam nanti”

June terjelepok ke lantai. Aku ke dapur, capai pisau potong daging dan kembali berjalan ke arah June. 

Tengok keadaan June yang tak bergerak di lantai dapur rumah, aku terbayang semula gambar June dengan Qush makan kek red velvet tepi pantai, berdua. 

Tak tahu bila masa diorang berdua jadi rapat, yang Aufa tahu, Qush suka Red Velvet! 

p/s: my bro get married. what cool about it? married?

Wednesday, May 18, 2022

Nadira dan Sakitnya Patah Hati

Sakit hati jugak sebenarnya.

“Kenapa you buat macam ni? Ni kalau Hilman, dia tak buat pun macam ni”

“You ni kenapa fikir macam ni? Masa buat keputusan tak pakai otak ke? Ni kalau Hilman kat tempat you sekarang, mesti dia buat betul-betul”

“You ni lah, Hilman tak pernah buat I tertunggu-tunggu macam you buat dekat I sekarang ni you tau”

Semua Hilman.

Sikit-sikit Hilman.

Aku salah sikit, compare aku dengan Hilman.

Dah 3 tahun aku bercinta dengan dia. Dah 3 tahun jugak aku dengar Hilam lagi bagus dari aku dari segala segi.

Hilman, her ex-boyfriend.

Dari aku mula beria, berkawan, ada hati, bersungguh simpan duit nak kahwin dengan dia, lama-lama hilang dah hati aku. Nak keluar makan sama, malas. Tengok muka dia pun malas.

Boleh kira berapa kali aku happy. Itupun lepas aku bagi hadiah untuk harijadi dia. Dia happy sekejap. Takde compare aku dengan Hilman. Haritu jelah. Esok kalau dia jumpa salah aku, dia compare balik.

Semalam…

“You tak tahu ke I tak makan ikan keli? Dah berapa lama kita couple, you tak tahu I geli dengan ikan keli? Ni apa?”

Nadira baling lauk ikan keli masak berlado yang mak aku masak dari rumah. Aku bungkus sikit konon nak makan sama-sama dengan dia.

“You sikit tak sama dengan Hilman. Hilman ingat apa yang I suka, apa yang I tak suka. Hilman tahu I nak makan apa padahal I tak cakap, dia pun tak tanya. You lain sangat dari dia. Ishhh!” Nadira mendengus, peluk tubuh.

Ok. Time up! Cukuplah kot sampai sini.

Aku tak dapat, takkan boleh puaskan hati dia. Aku tak rasa aku boleh ganti tempat Hilman dalam hidup dia.

They childhood sweethearts and together for 7 years but for this time, she really needs to stop doing shit to me.  

“Kenapa diam? Kecik hatilah tu? Salah you jugak. You yang tak pernah nak faham I macam mana Hilman faham I. Jangan bagi I silent treatment. Sekarang ni you yang salah”

Harini…

Aku buat satu secret meeting. Aku-Hilam-Nadira. Kami bertiga.

Aku nak tanya Nadira depan-depan. Antara aku dengan Hilman, mana satu yang dia nak. Mana satu yang dia pilih. Terus terang. Jujur.

Harini hari khamis. Biasanya hari khamis dia balik lambat jadi ni masa yang sesuai untuk kita bertiga duduk bincang.

Disebabkan aku ada kunci pendua rumah dia, aku buat keputusan untuk bincang hal ni kat rumah dia je. Senang. Tak payah fikir kalau jadi drama. Takde sapa nampak.

Aku dengan Hilman duduk kat berdua dapur.

Tak sampai 15 minit kami duduk, aku dengar bunyi gugusan kunci.

Nadira dah balik. Aku Tarik nafas. Aku pandang Hilman. Aku tak tahu apa dia fikir. Yang aku tahu, aku nak hal ni selesai dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus.

Pintu terbuka. Pandangan aku dari Hilman bertukar ke susuk tubuh Nadira yang menapak masuk.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dia tergamam. Belum sempat aku explain, dia menjerit.

Pengsan.

Aku jalan menapak ke arah tempat Nadira terbaring. Mungkin ni kali terakhir aku tengok muka dia. Aku taknak jadi orang ketiga antara dorang. Cukup 3 tahun.

Sekarang aku undur diri. Aku biarkan diaorang hidup sama-sama kalau ini apa yang yang boleh buat dia bahagia. Ini apa yang Nadira nak. Dan mungkin Hilman pun nak.

Aku toleh pada mayat Hilman. Mayat yang dah membusuk dan mereput yang aku dudukan di meja makan tadi. Tak bergerak. Tak berganjak. Kainya dah bercarik dan lusuh. Satu rumah berbau busuk. Tanah kubur bersepah bawah meja makan.


Jam 11.50 malam…

Aku kuburkan Hilman dengan Nadira dalam satu liang lahad. Kubur yang sama aku gali Hilman. aku ‘tape’ ketat-ketat badan Nadira dengan jenazah Hilman sama-sama. Aku tengok air mata Nadira meleleh. Mulut Nadira yang aku ikat siap-siap sebab aku taknak dengar dia compare aku dengan depan Hilman lagi.

Air mata Nadira meleleh. Aku tak tahu makna air mata dia.

Mungkin gembira.

Mungkin terharu, sebab aku ‘pulang balik’ dia pada Hilman.

Aku tengok Hilman dengan Nadira dalam liang kubur. 2 minit cukup. Aku tengok dia menggeleng laju. Badan Nadira menggelupur dan meronta seperti ulat. Hilman tak bergerak. Tak menolak. Mungkin dia happy.

Aku capai cangkul dan kikis perlahan tanah kubur yang aku gali tadi. Sekejap-sekejap aku dengar suara Nadira merintih. Aku dengar dia menjerit dengan suara yang separuh keluar.

Mungkin dia gembira. Duduk sama liang lahad dengan Hilman yang sempurna di mata dia.

I felt horrible that we were breaking up but at the same time kalau kau sayang orang yang tak sayang kau, kau yang sakit sendiri. Sakit yang kau tak tahu nak explain macam mana sebab orang tu dah mati. Maruah kau bawah kaki orang yang dah mati. Orang yang dah jadi mayat. Maruah kau lagi rendah dari mayat!

Aku duduk sekajap ambil nafas di tepi kubur Hilman yang dah siap aku kambus. Suara Nadira hilang. Mungkin hanya tinggal tawa bersama Hilman tapi aku tak dengar. True love finally meets their own destiny. I really hope they both happy forever and ever.

Aku? Aku sakit tak apa. Lama-lama hilang jugak perasan patah hati ni.

p/s: Takde nak 'p/s' apa sangat. Petang tadi classmate aku main netball. Aku jadi tukang duduk tepi buat penuh corumm sambil maki kemuncup melekat kat seluar aku. Nahlah gambar barang sekeping dua. 



Thursday, May 12, 2022

13.5: NARSISTIK [but make it worse]

 Hi assalamualaikum semua.

Dua hari lepas, lecturer aku ada sembang sikit pasal narsistik. Secara simple, narsistik ni bila dia rasa diri dia bagus, compare dengan orang lain. Aku rasa ramai kot dah tau pasal narsistik ni. Kalau mana yang tak tau tu, korang bolehlah google. Tapi yang tak bestnya pasal nak google penyakit ni, make sure korang tak self-diagnose. Tak kisahlah kat diri korang sendiri, kat kawan-kawan, sedara mara atau orang keliling.

Sepanjang hidup, aku takdelah jumpa yang narsistik dia teruk sangat. Sikit-sikit ada. Kalau yang datang dari latar belakang keluarga yang kaya jenis tak boleh orang lebih sikit dari dia. Kalau cikgu tunjuk sayang kat student lain, dia ingat satu sekolah benci dia. Dia rasa takde sapa layak tak suka dia.

Yang datang dari latar belakang berpangkat/kuasa ni pulak jenis tak boleh ada yang tegur dia buat salah. Hahahah. Pengalaman aku hadap orang macam ni, dari cikgu aku sendiri. Bila kami satu kelas cakap dia tak pandai mengajar, mula play victim. Cakap kami sebagai student tak boleh ‘ajar’ dia macam mana nak mengajar hanya sebab kami budak-budak.

Tapiiiiiii

Bukan tu aku nak rant kat entry kali ni. Bukan pasal narsistik.

Aku nak ‘ajar’ korang macam mana nak manipulasi orang keliling korang, especially jenis psycho, narsistik, atau orang yang sama waktu denganya.

Aku belajar cara manipulasi dengan orang yang gila kuasa masa aku mula-mula masuk asrama dulu. Bila dah besar ni, boleh kata yang aku dah banyak sangat jumpa orang, dari kenal, jadi kawan, sampai dah tak jadi kawan dah sekarang, aku suka baca attitude orang pada orang lain. Jadi tabiat.

Dari sini, aku belajar macam mana nak counter balik kalau perangai musibat orang tu kene kat aku. Dan aku nak ajar korang jugak macam mana nak counter balik, tanpa naik tangan atau langgar dorang masa lintas jalan.

1.    Ambik mudah apa yang dia cakap.

Some people akan rasa dia sentiasa betul, dan orang lain kene ikut apa yang dia cakap. Apa aku buat, aku dengar apa yang dia cakap sampai habis, dan aku reject depan muka dia dengan alasan simple. Some people really like drama. Dan kalau kau tunjuk kau tak minat dengan apa yang dorang bentang, diaorang takkan tekan kau. Sebab? Kau boring.

2.    Sembang seminimal mungkin.

Kalau kau dah nampak dia ni dominan, suka control keadaan, semua kene ikut telunjuk dia, kene dengar cakap dia, kene ikut jejak langkah dia mana dia pergi, run bestie, runnn. Sebab? Semakin lama kau kawan dengan dia, semakin mudah dia nak manipulate kau.

Kau takkan rasa, sebab nak ‘cucuk jarum’ ni makan masa. Semua bermula dengan minta tolong. Sampai kau tak rasa dah makan budi banyak sangat. Dan kau lama kelamaan akan terima je perangai dia yang macam tu. tengok macam mana dia layan orang keliling dia. kalau kau tak suka, terus jangan jadi kawan lebih-lebih. sikit-sikit takpe. 

3.    Jangan pernah rasa bersalah.

Yang ni best, kau jangan tunjuk yang kau ada perasaan. Ni mungkin tak semua boleh buat sebabbbb, yelah, nama pun manusia. Semua manusia ada perasaan. Tunjuk dengan tak tunjuk je. Untuk kau yang nak hadap orang manipulative/ narsistik ni, jangan tunjuk yang kau rasa serba salah. Some people need to taste their own pill bak kata orang Jawa. Jangan buat sesuatu kerja atas sebab kau rasa bersalah. Takut jadi kebiasaan. Nanti dah masuk kerja, kau sentiasa jadi balaci orang atasan.

Yang ni pun patutnya dah mula kene belajar dari sekarang, bagi makwe-makwe. Kot esok lusa jumpa mak mertua ke ipar duai ke, yang suka ambik kesempatan kat korang, takdelah korang kekok sangat nak reject pertolongan. Rasa bersalah normal. Yang tak normal, kau tak ikhlas bila nak tolong. Lagi teruk, kau tolong, sampai kau sendiri yang sakit hati. Padahal masalah tu tak besar mana pun. Tapi orang saja ambik kesempatan sebab kau baik tak bertempat.

4.    Belajar bahasa badan.

Ni bukan nak counter orang psycho/manipulative je kene belajar. Dalam kehidupan seharian pun.

Kalau korang anak sulung, korang akan rasa yang mak ayah korang akan lebihkan adik-beradik lain. Tapi korang tak tahu yang sebenarnya kalau korang takde depan mata mak ayah, mak ayah ni teringat-ingat macam mana kau hidup. Yelah, anak pertama ni anak yang jadi ikutan adik beradik lain.

“Parent tak cakap dia sayang kau. Kau kene baca sendiri, sweet is not just with words, it continues with act”

Same goes with crush. Nak tackle orang yang kau suka, jangan terus cakap sayang. Orang tak nampak kau ramah. Orang nampak kau gatal. Kat situ dah red flag.

Example macam ni takde kaitan kan? Tapi aku nak tekankan yang belajar bahasa badan ni penting untuk kau tackle first eye orang yang kau nak. Untuk orang yang manipulative, biasanya dorang ni bermula dengan non-verbal. Apa yang kita kene balas? On-the-spot say ‘NO’

5.    Cerminan atau ‘pacing’

Tapi method ni aku tak galakkan sangat pasal boleh jadi kebiasaan. Kau kalau benda dah biasa buat, kau dah pandai kawal situasi, dengan bos pun kau taknak dengar cakap nanti. Cumaaa, yang ni boleh buat sekejap-sekejap.

Macam mana? Tak susah. Macam ni.

Orang manipulative ni nak kita ikut telunjuk dia. Korang boleh counter balik dengan korang buat dia ikut telunjuk korang. Lagi sekali macam mana?

Haaa, cerminan. Ikut balik attitude dia. Kalau dia mula dengan mengada, kau keluar jugak kau punya mengada. Kalau dia keluar dia punya ‘play-victim’, kau pun jangan kalah. Keluar jugak kau punya ‘play-victim’. Belajar argue untuk patahkan point-point dia and make sure kau boleh cakap depan-depan dia. Biasanya, orang macam ni takkan tahan dia punya perangai sendiri, kalau jadi dengan diri sendiri. Sebab tu dia buat kat orang lain.

Ahh, panjang pulak aku punya entry nak siap. 3 hari jugak nak siap. Si Puter dah banyak kali dh tegur. Ni kalau tak tutup ni maunya jadi novel KOMSAS.

Secara kesimpulanya, berpada-pada kalau nak memberi, sebab orang yang menerima ni tak pernah rasa cukup, tak pernah rasa puas. Memberi ni bukan takat bagi duit semata tapi beri budi jugak. Bila kita dah dibiasa tolong orang, orang senang ambik kesempatan sampai kita rasa bersalah nak decline sesuatu pertolongan.

Tahu beza antara tolong sebab memang orang mintak tolong, dengan orang yang mintak tolong sebab kau boleh diharap.

Tahu beza antara terima arahan sebab kerja dengan terima arahan sebab kau balaci.

Belajar cara nak defend diri kau dulu, baru kau boleh defend orang lain.

Ilmu manipulasi ni tak susah nak apply kat orang lain. Kau tahu dengan sapa yang payah? Family. Tapi, mulakan cakap tak pada family dulu. Kalau kau boleh defend diri kau depan family, kalau kau boleh elak diri kau kene buli dengan keluarga sendiri, kau takde masalah nak hadap community manipulative ni kat mana-mana.

p/s: takde gambar. malas letak. nanti letak gambar ada orang marah

Wednesday, April 20, 2022

1013: Ra.ya, Gamb.AR, eXam

 Hi assalamualaikum

Jam 3 kejap lagi aku balik rumah dah. Tapi baju tak kemas lagi. 

Cuti raya. 2 minggu. Eh ke tak? Sebab next week ada lagi kelas online.

Tapi dorang happy je. Gila tak happy duduk rumah.

Aku? Aku kalau boleh malas nak balik. Takde apa pun kat rumah nak diketawakan. Bapak noob life aku.

Aku takde apa sangat nak tulis hari-hari last sebelum cuti raya ni. Cuma feeling macam ni lamaaaaaaaaaa dah aku tak rasa. Last dulu aku rasa excited nak balik masa aku duduk asrama. Ni dah tua bangka, pulak tu rumah sebelah parit je apalah sangat nak rasa excited. Takde baju raya pun tak rasa nak sedih sebab aku tau aku beraya atas katil je nanti lepas makan nasi impit.

Ehh ada, rasa excited nak pegi bazar balik nanti. Tu jelah.

Oh, by the way, Test 2 untuk subject Business Math yang sepatutnya ada kene cancel ye anak-anak. Dia macam nak happy sebab takde test. Tapi dalam masa yang sama jadi tak best pasal nanti masa makan lemang aku teringat test yang aku nak hadap. Tu belum lagi nak recap pebenda tah aku study. Mana nak cari nominal rate mana nak cari effective rate ahhhh fikir pun rasa bodoe 

Tu belum lagi kene edit video untuk ITE. Memang tak rasa nak balik.

Ah panjang pula aku tulis. Padahal share gambar snap tadi je. 

Nahlah, barang sekeping dua punya gambar kenang-kenangan cuti raya sem 1 aku kat sini. Nati naik cuti raya dah lain dah muka masing-masing. 

>nah lagu raya, kot nak tambah mood raya
masa tengah baca blog aku ni hah<

>Balqos, Dinot, Farisyot, Dayot, aku, Puter<

again~

>gojes-gojes gorwl wear pepel!<

>puasa<

>roomate, katil depan, Puter<

>Nadhir, first hand yg aku cari kalau aku stuck dgn
Math **atau subjek lain<

>dia suruh publish gambar ni sebab dia cakap dia lawa,
padahal dia suruh pos muka aku yang senget<

>classmate saing duduk aras 3.
Balqos tu pegang tongkat bukan nak estetik
tapi dia memang jatuh tangga berbalut siap kaki tu. 
nasib member muka lawa<

>feeling lebaran di perantauan<

p/s: Semalam birthday Farisyot. Nah, happy birthday kak <3

























Thursday, April 14, 2022

14/4 - ACC 1013

 Current status:

Currently feel upset without reason.

Currently broke my own heart by myself.

Currently remember my old love-hate shit

Exhausted.

I wish I was a dinosaur. No deadlines,

No overthinking, no sleep late.

Just RAWR…RAWRRR!!

.................................................................

Hi assalamualaikum,

How the puasa everyone? Good? Harap semua good-good jelah. Kalau tak good, korang pergi jelah jenjalan cuci mata kat bazar ramadan. Selain dapat tengok menu-menu sedap, dapat cuci mata tengok pakwe-makwe orang pun dah ok dah buat hati cool. Kan?

Aku dalam fasa moody.

Jam 9 tadi ada test accounting. And yep, it fvckup!

Sejak masuk sini, aku baru sedar yang aku punya pelupa sangat teruk.

Dari dulu lagi dah aku tahu otak aku jenis lembab nak ingat. Tapi sejak makin tua ni, makin teruk pulak aku rasa.

Benda dah hafal dari malam sebelum dah. Pagi dah baca. Lagi berapa minit nak test, sempat jugak aku baca ehhhhh….lepas tengok soalan, hilang. Ghaib. Terbang dibawa angin bayu laut entah pergi mana.

Otak aku jatuh, aku nak kutip eh, hilang. Hilang otak aku tu.- tiktok famous quote

Frust.

Aku ni kalau dah frust memang terus hilang semangat nak hidup. Terus terbayang member-member yang dah kahwin. Mesti best jadi dorang. Busy fikir nak masak apa je time nak berbuka nanti. Minggu depan dah kene busy fikir nak beli baju raya kaler apa pulak untuk satu family. Lepastu nak fikir raya rumah mak kita ke mak mertua. Lepastu fikir nak bagi berapa duit raya kat anak buah. Kalau bagi kurang nanti kene ejek. Kalau bagi lebih ehh lari bajet. Nak kene tunjuk gelang emas lagi kat ipar duai. 

Lah, apasal macam lagi stress je dari masalah aku ni?  

-----------------------------------------------

Selama beberapa hari aku tak buat entry, banyak je benda jadi. Dari aku nak cerita aku dengan team buat iftar mini, berbuka kat luar satu kelas sekali dengan homeroom, sampailah aku kene sound dengan senior sebab basuh mangkuk kat tempat cuci kain. Tapi tulahh, semua cerita tu dah jadi minggu lepas dah. Dah tak best dah pun untuk aku ungkit balik. Aku nak ingat pun malas apalagi nak cerita

Aku ada jugak nak bawak engkorang semua jalan-jalan area kolej aku acah acah 'VLOG a day with me'  sebab kat sini petang-petang nice kot. Kalau cuaca cantik, awan mendung, angin sepoi-sepoi, boleh kita tengok abang rugbi training. Tapi yelah, walaupun bulan puasa segala jenis jin, iblis dan syaitan dah kene ikat tapi aku tetap berdarah malas. Maka, nanti jelah aku bawak engkorang. Tapi aku tak janjilah bila. Kot aku rajin masa sem 6 ke. haaaa, time tulah kita jalan-jalan k. 

Untuk meng-ending entry ni, ni adalah beberapa cerpisan 'throwback' yang aku sempat edit acah 'esthetic' bak kata Put. Bolehlah buat kenang-kenangan sem 1. gitchew!

*pats my own shoulders*- its gonna be OK dumb bitch!

p/s: Bulan-bulan puasa ni aku tak mintak banyak. Cukup sekadar doa aku tak giveup macam dulu. XOXO